Feeds:
Pos
Komentar

Archive for Oktober, 2017

Bagaimana NST Berlaku

Nasihat Arif Billah:

 

Anakku, NST (Naik, Serah, Tunggu) berlaku dalam beberapa keadaan:

 

  1. Bila kita diuji (Pintu depan) seperti dalam perniagaan, kematian, rumah tangga, kesusahan kewangan, pekerjaan dll.
  2. Yang mencintaiNya serta merinduiNya dan tidak putus-putus menghantar akan cinta dan kerinduannya kepada Ilahi seperti Rabiyatul Adawiyah .
  3. Yang mendedikasi Kewangannya atau hartanya kepada Allah swt seperti Sayidina Abu Bakar ra.
  4. Yang mendedikasi dirinya untuk berkhimat kepada Allah swt sentiasa seperti Sayidina Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Abu Hurairah, Bilal dll.
  5. Yang mendedikasi hidup dan mati mereka mempertahankan ilmu ini kepada Ilahi.

Kita buka Link (Dzikrullah) dan Dia sambut (connected) maka terjalin rangkaian pribet maya (Virtual Private Network) lalu hantar file mengandungi masalah atau cinta atau kerinduan atau dedikasi yang bermacam-macam  dan lain-lain lagi. Sesudah itu kita tunggu file yang datang daripadaNya.
Contoh yang mudah, kita baring (lie down) di bawah pokok durian dan kenal pasti duriannya (Established Link) lalu kita mulai tenung duriannya itu (VPN) dan hantar fikiran “jatuhlah, jatuhlah” kat durian itu (kirim file) dan tunggu. Nah sekarang kalian faham kenapa ada bengol di dahi pak Sofyian. Dia praktis NST bawah pokok durian.

Read Full Post »

Rangkuman Syarahan Arif Billah tentang Link:

 

Anakku, kalau kita mahu membuka Link di dunia siber, kita kena gunakan komputer atau laptop dihadapan kita. Namun kalau kita mahu membuka Link kepada Allah swt kita HANYA perlu DZIKRULLAH SAJA. Kita Ingat Dia dan Dia ingat kita. Berapa pantas kita, Dia lebih pantas menyambut kita. Kerana itu Dia berfirman bahawa Dia dekat dan memakbulkan doa. Lebih dekat dari urat nyawa kita. Sentiasa menunggu kita dengan berfirman menyuruh kita untuk kembali kepadaNya.

 
Link (Dzikrullah) ini tidak bersuara atau berbunyi kerana suara dan bunyi justru akan memutuskan Link ini.

 
Contohnya, ada 2 orang sedang ngomong di talian talipon. Kedua orang itu bisa bersuara tetapi wire atau talian talipon itu sendiri tidak bisa bersuara dan mesti SENYAP. Kalau Line Talipon itu tidak senyap, maka komunikasi antara kedua orang yang sedang ngomong itu akan terganggu. Begitu juga kita bisa berkata-kata kepada Allah swt menerusi Link itu tetapi Link itu sendiri tidak boleh berkata-kata. Link itulah Dzikrullah iaitu INGATAN KEPADA ALLAH swt yang tidak berbunyi dan tidak bersuara.

 

Link ini akan terputus apabila kamu tidak bisa Dzikrullah. Link tidak berbunyi atau merasa. Dia Senyap saja seperti talian talipon. Mana bisa talian talipon itu merasa atau berkata-kata. Yang berkata-kata atau merasa adalah yang dihujung talipon yang sedang omong dengan kekasihnya dalam hujan lalu kebingungan.

 

Alhamdulillah, kalian sudah tahu akan Link ini dan sentiasa dapat Dzikrullah bila-bila masa. Namun ramai dalam 1000 tahun dahulu tidak tahu Link (Dzikrullah) ini maka timbullah praktis Wasilah yang dianggap sebagai Link kepada Allah swt. Misalnya praktis Rabitah (menerusi Mursyid) atau menerusi orang alim atau keramat-keramat termasuk Tokpehkong, dll. Maka apabila hajat atau doa mereka terkabul maka mereka akan memuji-muji Wasilah-wasilah ini dan ada juga yang memberi hadiah-hadiah kepada Wasilah-wasilah ini. Kekata melayu, “Lembu punya susu, Sapi punya nama”. Ini yang syaitan berkata bahawa Allah swt akan mendapati banyak manusia yang tidak akan bersyukur kepadaNya.

 

Jadi Harap kalian menjadi saksi bahawa Ayah tidak pernah mengajar atau melatih kalian berwasilah. Dari mula Ayah mengajar dan melatih kalian ialah Dzikrullah. Ingat Ayah ajar kalian dalam seminar atau pengajian bila mahu berdoa atau bershalat:

 

  1. Ingat Allah swt dahulu,
  2. Tumpukan atau fokus kepada ingatan itu (sudah tentu tidak serupa dan tidak seumpama),
  3. Bertahan (Istiqamah), dan
  4. Doalah atau Shalatlah.

 

Kalian ingat dalam latihan Ayah ada berkata bahawa Ayah akan memohon dibukakan pintu doa untuk kalian dan sesudah itu ayah menyuruh kamu berdoa. Apa yang Ayah buat ialah menyusuli Link kalian serta membersihkannya dari segala gangguan di dalam Link kalian. Sudah puas, gangguan Ngak ada, baru Ayah suruh kamu berdoa. Ingat syaitan sudah berjanji akan datang dari depan, belakang, kiri dan kanan kita untuk “Menggodam” Link kita ini kepada Ilahi.
Ingat Sayidina Umar ra ada berkata bahawa ada yang beribadah sampai janggut menjadi putih namun ibadahnya tertolak (reject) kerana mereka gagal mengingati Allah swt. Anakku, kenapa mereka gagal kerana tidak ada atau tahu berkenaan Link ini.
Ingat juga Hadith bahawa ada yg menghadirkan jasad-jasad mereka (seperti dalam Shalat) dan suara mereka yang lunak (membaca Ayat al Quran) tetapi jiwa mereka jauh dari Allah swt maka sia-sialah amal perbuatan mereka.
Jadi dalam Hidup Keseharian:

 

  1. Kita disuruh ingat Allah swt (Dzikrullah) dalam shalat, lepas Shalat, dalam hidup keseharian dan juga apabila kita berdoa.
  2. Kenapa kita suruh Dzikrullah dalam pelbagai ibadah di atas ini Kerana inilah “Link” atau Sambungan kita kepada Allah swt. Sesuai dengan firmanNya,”Kau ingat Aku, Aku ingat kau.”.
  3. Maka apabila kita mahu bershalat atau berdoa, kita buka “Link” atau sambungan ini (Dzikrullah) dan sesudah itu barulah kita mulaikan pembacaan atau berdoa sambil menjaga “Link” atau Sambungan ini tidak terputus.
  4. Begitu juga, apabila kita bangun tidur terus kita buka “Link” sesudah itu kita mandi, memakai pakaian, sarapan lalu menaiki kenderaan awam atau persendirian ke pejabat dan menjalankan tugas kita di pejabat. Pada masa yang sama kita meneguh sapa anak-isteri kita, rakan-rakan kita di luar atau di dalam pejabat sambil menjaga Link kita kepada Ilahi ini (Dzikrullah) tidak putus.
  5. Apabila kita Mahu tidur, kita buka Link ini dan mengawalnya hingga tertidur. Justeru kita tidak akan mengalami mimpi ataupun mengigau (nightmare) atau mengalami ditekan (tindihan) oleh syaitan.
  6. Pada permulaan pertalian Link ini kerap putus tapi kalau kita gigih berlatih, alah bisa tegal biasa, Link ini akan menjadi stabil seperti Rasulullah saw bersabda mata ku tidur hati ku tidak. Juga Nabi Isa ada berkata hanya orang yang sudah bermakrifat bisa mengawal Link ini supaya tidak putus seperti orang yang bekerja memukul batu sambil bekerja bisa bersimbang-simbang dengan rakan kerjanya.

 

Maka anakku ingat akan pesanan dan ajaran Ayah, JANGANLAH KALIAN BERWASILAH dalam semua ibadah kamu. Dalam semua ibadah hendaklah kalian pasang Link (Dzikrullah), fokus, istiqamah dan langsung jalankan ibadah kamu.

Read Full Post »

Nasihat Arif Billah:

Anakku, kekata Inggeris,” God operates in a mysterious way!” maknanya tiada yang tahu bagaimana Tuhan bertindak.

 

Bagi kalian yang sudah makrifat, sudah dilatih dan sudah menjadi kebiasaan:

  1. Sekiranya kamu ada masalah, kamu langsung NST (Naik Serah Tunggu).
  2. Yang tiada masalah disuruh ROC (Relax One Corner) sentiasa sambil mengingati Allah atau Dzikrullah.

Namun kerana kesibukan, ada yang susah, jarang atau langsung ngak ada masa untuk ROC.

Walaupun begitu, kita bersyukur bahwa kita boleh NST. Dengan itu, alhamdulillah, kita ada tempat mengadu atau rujukan. Maka setiapkali kita ada masalah kita akan NST dan selagi masalah itu tidak dapat penghuraiannya atau pertolongan dari Allah swt selagi itu kita akan kerap NST sehingga sampai berpuluh kali sehari iaitu dari pagi hingga malam.

Yang kalian tidak sedari ialah dalam perbuatan anda NST berpuluh kali dari pagi hingga malam itulah kalian sedang dzikrullah sentiasa. Itulah satu-satu cara Allah swt membuat kalian yang sudah makrifat mengingatiNya sentiasa. Sesuai dengan firmanNya, “Hai jiwa-jiwa yang tenteram kembalilah kepadaKu.” Maka diberi masalah supaya kalian sentiasa kembali kepadaNya dan dengan tidak secara langsung ingat kepadaNya (berzikirullah).

Semoga anakku yang dirindui lagi disayangi mendapat pencerahan, aamin ya Rabb aamin!.

Maka semoga anakku faham bahawa apabila seseorang itu bermasalah dan NST dia sebenarnya dalam proses Dzikrullah. Justeru itu makin banyak kali dia NST maka ini bermakna dia sentiasa berada dalam Dzikrullah.

Namun tidakkah anakku sedar, ini juga adalah UJIAN. Maka yang berat diuji adalah Nabi-Nabi. Justeru itu, fahamlah kita kenapa Nabi Ayub as sentiasa rujuk kepada Allah swt dan Nabi Yakub as sentiasa mengadu kepada Allah swt berkenaan dengan masalah mereka yang sangat berat. Dengan ujian yang berat ini, mereka NST dan dengan itu mereka dalam Dzikrullah sentiasa. Maka boleh dikatakan bahawa lagi berat ujian lagi berpanjangan kita berzikirullah.

Dengan ini fahamlah kita kerana ujian yang berat dipikul oleh Rasulullah saw maka baginda mengingati Allah swt (Dzikrullah) sentiasa. Fahamlah kita sabda baginda: “mataku tidur tetapi hatiku tidak”.

Fahamkan juga anakku, dengan NST, kalian sebenarnya telah tidak secara langsung buat penyerahan iaitu menyerahkan kembali masalah yang kalian hadapi kepada Allah swt. Ini sesuai dengan firmanNya apabila ada masalah atau diuji hendaklah kita, “Inna lillahi wainna ilaihi rajiun “. Dengan itu kita mendapat rahmat dan petunjuk dari Allah swt.

Dengan NST juga, kalian sudah pasrah sepenuhnya kepada Allah swt serta menunggu akan ketentuanNya. Ini sesuai dengan firmanNya yang menyuruh Rasulullah saw menjadi yang pertama-tama menyerah diri dan begitu juga kita orang-orang beriman diperintahkan untuk menyerah diri.

Apabila kita dapat menerima ketentuanNya setelah kita NST, ini bererti kita PUAS serta REDHA (PR) denganNya. Ini juga bererti kita dengan tidak secara langsung menyatakan apa juga yang sudah ditetapkanNya adalah yang terbaik. Kerana Dia-lah yang Maha Bijaksana dan kerana itu kita berpuas hati lagi redha dengan ketentuanNya. Sehubungan dengan ini, kita sudah menerima TAKDIR, rukun iman ke 6.

Kerana kita merasa PR dengan dengan ketentuanNya setelah NST, maka Kita sudah juga menyatakan dengan tidak secara langsung bahawa tidaklah Allah swt membuat sesuatu yang sia-sia. Dengan itu, Allah swt juga redha terhadap kita. Lalu kita dijemput masuk ke dalam jemaahNya iaitu golongan Orang-orang Allah swt dan masuk ke SyurgaNya. Ini sesuai dengan firmanNya bahawa tidak seseorang masuk ke Syurga dengan amalannya tetapi dengan KEREDHAANNYA begitu juga dengan Rasulullah saw.

Memandangkan proses NST merangkumi Dzikrullah, Ujian, Penyerahan (Inna lillahi Wainna Ilaihi Rajiun), Penerimaan, Kepuasan, Keredhaan,Takdir, masuk dalam JemaahNya (Orang-orang Allah) dan Syurga, justeru itu, Pintu NST sentiasa terbuka berbanding dengan pintu shalat yang ada ketentuan masa.

Harap anakku sedar kenapa Ayah sentiasa menekan serta latih kalian supaya NST selalu. Faham anakku?.

 

Rumusan dari penulisan tadi sesuai dengan firmanNya, “Jangan kamu kata kamu sudah beriman sebelum kamu diuji.” Justeru kita boleh lihat betapa pentingnya NST.

Read Full Post »

Wejangan Arif Billah:

Dalam sudut Hati itu 3 serangkai, ini adalah perkembangan dari ilmu Makrifatullah. Dari ilmu ini, terpacarlah tauhid yang suci lagi bersih lalu membenarkan seseorang itu mengalami bermacam pengalaman kerohanian termasuk WISATA JIWA dan TERBUKANYA MATA KE-3.

 

Dalam pengalaman semasa wisata jiwa, dapat dipelajari:

  1. Minda dan roh adalah 2 komponen (anggota), bukan satu. Contoh, apabila roh naik dan terapung di atas jasad, Minda yang ada di jasad bisa melihatnya. Minda bisa berfikir dan berkata bahawa itulah rohku di atas ini.
  2. Apabila Minda keluar dari jasad dan bersatu dengan roh maka barulah bisa roh berwisata.Barulah faham bahawa roh seperti pesawat dan minda seperti pilot (Juru Terbang). Kalau tiada Juru Terbang maka pesawat ngak bisa terbang. Maka fahamlah kita bahawa untuk roh berfungsi ia mesti bersatu dengan Minda.
  3. Baru juga faham untuk jasad kita bisa berfungsi maka roh perlu menjelajah seluruh anggota serta dikemudikan oleh Minda. Maka fahamlah kita akan sabda Nabi Isa as bahawa Roh mesti bersatu dengan Minda untuk kita berfungsi. Justeru itu, kalau roh tidak dapat bergabung dengan Minda maka tidak bisa kita berfungsi. Keadaan ini dikenali sebagai “tertekan”.
  4. Semasa wisata Jiwa maka barulah kita sedar bahawa Pendengaran dan Penglihatan tidak pernah bercerai dengan Minda. Kita bisa berfikir, melihat dan mendengar semasa wisata jiwa itu. Maka barulah faham kenapa Allah swt berfirman bahawa Dia memberi kita Penglihatan (Mata), Pendengaran (Telinga) dan Hati (Minda). Bukan Mata, Telinga dan Minda. Ini untuk menekankan bahawa ke-3 anggota ini adalah serangkai dari sudut kerohanian. Kalau Allah swt menggunakan Mata, Telinga dan Minda maka kita akan berfikir mereka adalah anggota yang berasingan. Baru juga faham bahawa apabila dikatakan orang “hilang akal” maksudnya adalah hilang “daya memikir” bukan Minda itu yang hilang. Baru juga faham bahawa untuk kita bisa berfungsi, roh mesti bersatu dengan anggota 3 serangkai ini.
  5. Apabila berulangkali wisata jiwa barulah sedar bahwa Minda serta Penglihatan dan Pendengaran (MPP) itu tidak pernah tidur atau tertidur. Kerana semasa wisata jiwa kita sedar bahwa MPP sentiasa jaga (alert). Barulah faham kenapa Allah swt berfirman Dia pegang jiwa kita semasa tidur kerana: (a) ini 3 anggota serangkai sentiasa jaga (alert) dan (b) juga menahan roh keluar dari jasad. Baru faham kenapa banyak orang di dunia tidak pernah tidur seumur hidup kerana Allah swt tidak pegang jiwa mereka.
  6. Kita juga baru faham firmanNya bahawa kalau orang itu akan mati semasa tidurnya maka Allah swt akan menghantar rohnya kekerongkongnya. Inilah keadaan sakaratul maut di mana kita tidak dapat bergerak kerana Roh sudah berpisah dengan anggota 3 serangkai itu.

 

Dalam pengalaman terbuka mata Ke 3:

  1. Terasa kesejukan naik dari ulu hati sampai kekerongkong. Maka benarlah firman Allah swt bahawa Dia menghantar roh seseorang yang mahu meninggal dunia kekerongkongnya. Benarlah kata Nabi Isa as bahawa tempat roh itu adalah dekat dengan jantung (ulu hati).
  2. Roh naik dari kerongkong sampai ke dua belah mata dan menterbalikkan keduanya. Maka fahamlah firmanNya bahawa roh itu akan naik dan menterbalikkan kedua mata.
  3. Roh akan masuk ke Minda dan menterbalikkan Minda sesuai dengan firman Allah yang mencerita yang sama.
  4. Maka akan terbuka tingkap di dahi kita di antara Kening kedua mata maka terkeluar roh dalam keadaan kecil seperti segenggam tangan. Maka barulah faham bagaimana roh boleh bermastautin di ulu hati.
  5. Baru juga sedar keadaan terbuka mata Ke-3 adalah juga keadaan yang sama dengan yang dialami oleh orang yang sedang sakaratul maut.

Anakku, pengalaman di atas ini berkembang dari ilmu Makrifatullah yang ayah perolehi dari kurniaan Ilahi.

Read Full Post »

Laa maujud illaa Dzatillah…

Nasihat Arif Billah:

  • Anakku,  ingat pesanan ayah ini. Apabila dalam ujian yang amat berat, gunakan Nafi & Isbat. Maka nafikan masalah atau ujian yang berat itu dan Isbatkan Dzat. Justeru itu anakku kamu akan tersenyum menyedari rupanya Dzat sedang bersenda gurau denganmu.  Sesudah itu kamu akan tersenyum makrifat dan kepasrahan menjadi lebih bermakna.
  • Anakku,  apabila seseorang, ataupun situasi (keadaan), ataupun haiwan, ataupun diri kamu sendiri membuat kamu marah, maka pakailah “Nafi & Isbat”, dan kamu akan melihat Kebenaran. Lalu ini akan membuat kamu tersenyum lebar lagi bersyukur.

Kebenaran yang kamu lihat adalah Allah swt sedang bergurau denganmu menerusi DzatNya, lalu ini membuat kamu berhati senang lagi tersenyum lebar. Justeru kamu terus bersyukur kepadaNya di atas nikmatNya ini, iaitu Dia sudi bergurau denganmu, hambaNya yang kerdil ini.

Maka sedarlah kamu akan Kebenaran FirmanNya, “Manakah nikmatKu yang kau nafikan” serta bersyukurlah kamu setinggi-tinggi syukur lalu fahamlah kamu akan firmanNya bahawa:

  1. Tiadalah Dia berbuat sesuatu itu sia-sia.
  2. Tiadalah Dia menzalimi hambaNya.

Maka kamu akan bermohon semoga Allah swt mencatatkan kamu dalam golongan orang-orang yang menyaksikan akan Keagungan dan KebenaranNya ini. Dengan ini,  bertitislah air mata mu jatuh ke pipimu.

Semoga anakku kamu mengambil iktibar akan nasihat ayah ini. Ini akan membuat mereka yang sekeliling kamu bingung kerana kamu tersenyum (gelak) apabila mahu marah dan kadangkali diikuti dengan titisan air mata kegembiraan.

Read Full Post »