Feeds:
Pos
Komentar

Archive for Mei, 2017

Wejangan Arif Billah Ustadz Hussien BA Latiff

MAKRIFATULLAH

Ayah: Anakku, mesti diingat bahawa kalian udah selesa (senang) dengan ilmu makrifatullah. Justeru itu, tidak akan Ayah berpanjangan membimbing kalian berkenaan ini.

Kalian juga mesti ingat sedikit masa dahulu ramai yang buta atau langsung ngak memahami tentang ilmu makrifatullah walaupun dikatakan Awaluddin Makrifatullah.

Sekarang ilmu makrifatullah yg dianggap sukar, hanya untuk orang-orang yg tinggi ibadahnya atau ilmu ukhrawinya dan orang-orang saleh, kini terbuka kpd semua lapisan masyarakat tidak kira saleh ataupun tidak atau warak ataupun tidak. Sehingga sedikit masa dahulu ramai yg kaget kenapa yah ganteng sekali ilmu makrifatullah ini. Lupa kpd kekata “Awaluddin Makrifatullah”.

Seolah-olah satu biji berlian udah ada dalam milik kalian yang tidak dapat dinilaikan.

Justeru itu, kalian bisa berhenti di sini dan penuhkan hidup kalian dengan ibadah untuk Allah swt. Kerana tidak Allah swt jadikan jins dan manusia melainkan untuk ibadah kpdNya.

Maka diamlah kalian di stesyen (station) atau peringkat ini iaitu makam ilmu mengenal Allah swt ataupun Makrifatullah.

Namun kita lihat maqam ini tidak bisa ataupun sukar dipertahankan kerana kita masih hidup bermasyarakat. Kerana itu:

  1. Allah swt memerintah Musa as belajar kpd Khidir.
  2. Siti Aisyah rdh turun padang berperang dgn Sayidina Ali rd kerana tidak dapat menerima keadaan politik pada masa itu.

KEREDEHAAN

Maka kita lihat ilmu Makrifatullah tidak mencukupi kerana Ilmu Makrifatullah hanya mengenal Allah swt tetapi tidak mengenali Af’alNya (PerbuatanNya).

Inilah asas Ilmu Keredhaan iaitu ilmu mengenal Af’alNya dan menyerah sepenuh kepadaNya sesuai dengan perintahNya kpd Rasulullah saw hendaklah baginda yg pertama-tama menyerah diri. Allah swt juga ada memerintah supaya orang-orang beriman menyerah diri.

Bererti kita mesti faham apa jua berlaku adalah:

  1. Af’alNya yang udah tertera di LM.
  2. Tidak ada sedikit campur tangan kita dalam urusan ini.
  3. Tidak satu pun dilupakanNya.
  4. Kerana itu rencanaNya teguh dan mempunyai awal & akhir.
  5. Bagi kita apa jua berlaku hendaklah kita katakan,”Inna lillahi wainna ilahi rajiun” (Dari Allah dan kepada Allah kita kembali).

Ilmu Keredaan ada peringkatnya:

  1. NSTY (Naik, Serah, Tunggu dan Yakin).

Kebanyakan kalian masih dalam peringkat ini. Di sini ujianNya singguh-sungguh mencarek jiwa sesuai dengan firmanNya bahawa jangan kamu berkata kamu udah beriman sebelum Kami menguji kamu.

Maka diuji diri kalian sehingga kalian terasa terhina, dimalukan, dianiayai, dipinggirkan, dimufliskan, diusir, tidak dihargai, miskin, papa, tidak sihat sentiasa, cacat, serba kekurangan, hidup yang sukar dan sebagainya.

Maka mengeluh atau tertanya-tanya kalian kenapa hidup kalian sebegitu, langsung lupa itulah Af’alNya yg Rasulullah saw dan juga kita orang-orang beriman diperintah supaya menyerah sepenuhnya.

Kadangkali kita diuji menerusi anak, isteri, suami, adik-beradik, ibu, bapa, saudara-mara, rakan-rakan (termasuk yg di kantor) dan juga binatang ternak atau peliharan kita. Dengan ujian menerusi mereka itu, kita yg merasa natijahnya langsung tidak menyedari itulah Af’al Allah swt yg kita semua mesti menyerah sepenuhnya.

Kadangkali kita diuji oleh kesekitaran kita, masyarakat sekeliling kita, dunia yg luas ini dan perkakas-perkakas yg berteknoji tinggi. Justeru kita bisa pusing, terasa ketinggalan zaman, ngak bisa menerima keadaan kesekitaran kita atau perubahan dalam masyarakat kita ataupun pergolakkan dunia ataupun kemajuan teknoloji. Terlupa, inilah Af’alNya.

Selagi kita lupa akan Af’alNya maka selagi itu kita hanya bisa NST sahaja.

**NSTY mengharuskan kita meyakini Af’alNya (catatan Deka).

  1. ROC (RELAX ONE CORNER)

Sesudah NSTY maka kita akan bisa ROC (Relax one corner). Kita duduk relak di pintu belakang serta melihat pergolakkan di pintu depan tanpa mahu campur tangan. Ibarat kita di dalam bioskop. Kita adalah penonton duduk di kerusi (ROC, Pintu Belakang) melihat tayangan gambar atau filem di depan kita (Pintu Depan) tanpa masuk campur. Contoh:

  1. Nabi Yakub as melihat drama anak-anaknya (sesudah mereka mengkhianati Nabi Yusuf as) tetapi tidak ambil tindakan walaupun udah ketahuan sehingga menjadi buta.
  2. Nabi Isa as melihat satu dari sahabatnya yg 12 itu adalah pengkhianat di hari muka tetapi tidak mengambil tindakan walaupun udah ketahuan.

Ini peringkat kedua di mana kalian dikehendaki ROC serta jangan campur tangan apa yg sedang bergolak di Pintu Depan walaupun terkena kpd Diri sendiri, keluarga dll.

  1. TURUN PADANG

Sesudah NSTY & ROC maka peringkat seterunya ialah TURUN PADANG dengan perintahNya melalui Tugasan:

  1. Khidir turun padang untuk:
    • Memecahkan kapal atau perahu.
    • membunuh anak kecil.
    • Membaiki pagar yg udah roboh.
    • Mengajar Musa as
  2. Asif, turun padang untuk menerbangkan singgahsana Balqis.
  3. Rasulullah saw turun padang berperang dlm perang Badr & Uhud.

Harap anakku, bisa faham apa yg Ayah mahu Sampaikan hari ini.

Apabila di beri tugasan maka berhentilah ROC dan turun padang.

Kalau tiada tugasan terus sahaja ROC seperti Uwais Al Qarni ngak mahu berdoa khusus ataupun menerima hadiah-hadiah dari para sahabat. Beliau berkata bahawa apabila seseorang itu udah mengenal Allah swt maka dia tidak akan ada masa pada yg lain. Justeru itu, dia masuk Pintu Belakang ROC.

Iklan

Read Full Post »

%d blogger menyukai ini: