Feeds:
Pos
Komentar

Archive for Februari, 2018

Maha KELAKAR-2

11. Kerana Hawa membuat Adam as memakan buah khuldi itu maka dia dihukum dengan beban melahirkan dan menyusukan anak.
Hehehe… Sudah tentu kerana Nabi Adam as seorang lelaki tidak akan boleh berbuat begitu kerana tidak mempunyai “organ-organ” tertentu. Di sini juga kita lihat, haiwan pun ada yang jantan ada yang betina, mereka tidak makan buah khuldi.

12. Sesudah memerintah manusia turun ke dunia, Allah swt mengingatkan manusia berwaspada terhadap iblis dan kuncu-kuncunya yang sudah menyesatkan nenek moyang kita.
Hehehe… Tapi syaitan-syaitan ini pula (buka rahasia) berkata bahawa mereka hanya boleh menyesatkan mereka yang SUDAH DITETAPKAN oleh Allah swt.

13. Allah swt mengugut (mengancam) memasukkan orang tidak beriman ke dalam Neraka atau Neraka Jahanam. Mereka disiksa teruk dan ada dibakar kulit mereka lepas itu dikembalikan semula kulit mereka dan dibakar lagi. Siksa dalam Neraka kekal selama-lamanya.
Hehehe… Kalau yang disiksa dalam Neraka kekal selama-lamanya maka dia sudah “on par” (setaraf) dengan Allah swt iaitu dia kekal = Allah swt kekal. Kerana sudah setaraf maka dia boleh panggil Allah swt, “Hello Brother!”.

Kalau begitu siksa orang tidak beriman kenapa tidak hilangkan mereka sahaja atau jangan mencipta mereka. Ini lebih baik namun apabila Rasulullah saw merintih mengenangkan nasib umatnya yang tidak beriman, baginda ditegur oleh Allah swt bahawa kalau Allah swt mahu tentu Allah swt boleh buat mereka semua beriman. Kenapa tidak berbuat begitu kerana jelas Dia mahu adanya orang tidak beriman. Ini dikuatkan lagi dengan Dia memberi apa sahaja kepada orang beriman dan yang tidak beriman sama seperti rezki, kasih sayang, matahari, bulan, hujan, kekeluargaan, siang dan malam dll.

Apabila Rasulullah saw bersedih hati kerana tidak dapat membuat orang yang terdekat dengan baginda beriman, Allah swt tegur baginda dengan berfirman bahawa hanya Allah swt sahaja yang boleh buat mereka beriman bukan Rasulullah saw. Kenapa tidak buat mereka beriman supaya dengan itu mereka terlepas dari siksa di hari kemudian. Jawapannya, Allah swt mahu begitu keadaannya.

Ini dikuatkan lagi dengan firmanNya yang bermaksud bahawa Dia yang mengilhamkan kefasikkan dan ketakwaan. Maka jelas orang tidak beriman ilham yang sentiasa datang kepada mereka adalah kefasikkan.

Ini semua sudah termaktub dalam LM Nya semenjak Dia firman, “Kun”. Dan Syeikh Abdul Qadir Al Jilani berkata bahawa kita tidak ada pilihan melainkan menerima ketetapanNya. Dan Allah swt juga ada berfirman bahawa Ketetapan atau Sunnahtullah atau RencanaNya tidak akan berubah.

Ini bererti orang-orang yang tidak beriman tidak ada pilihan melainkan akan masuk ke Neraka. Dan Kaum Hawa kerana dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok kerana itu tidak berpeluang menjadi lurus justeru itu, tidak ada pilihan melainkan menjadi penghuni Neraka yang terbanyak.

Kenapa haiwan tidak dihisab dan dimasukkan dalam Neraka, mereka berzina sewenang-sewenangnya, bunuh dengan kejam, tidak istinjak, jarang mandi dan ada yang berpenyakit gila. Mereka juga mempunyai akal seperti kita.

Anakku, kalau kita tidak melihat dari sudut Maha Kelakarnya Allah swt maka kita akan beranggapan bahawa Allah swt adalah Tuhan yang sangat zalim dan kejam (diabolical), suka menyiksa (sadistic), perwibaan yang berubah-berubah (split personality) dll

Namun apabila kita lihat dari sudut Maha KelakarNya Dia, maka tersenyumnya kita sambil berkata,”Benarlah Dia ada Big Sense of Humour (besar kapasitas kelakarNya)”. Dan ini diiktiraf olehNya dengan firmanNya yang bermaksud bahawa hidup di dunia ini hanyalah senda gurauan dan main-main. Justeru itu, bolehkah kita menyalahi Dia yang hanya mahu bergurau?

Di Spanyol (Spain) selalu ada peraduan membunuh banteng (bull) oleh Matador (nama diberi pada orang yang membunuh banteng itu) dengan hanya menggunakan pedang sahaja.

Setiapkali banteng dibunuh oleh matador, jasad banteng itu dihantar ke kedai jual daging untuk dijual daging banteng itu kepada orang ramai. Setiapkali ini berlaku, seorang tua akan datang membeli bahagian “sulit” banteng itu yang bukan sahaja besar tetapi apabila dibuat sup akan memberi tenaga.

Sudah begitu lama dia berbuat begitu, alangkah terperanjat dia apabila kali ini dia buka bungkusan dari kedai jual daging itu, dia dapati kali ini bahagian “sulit” banteng itu sangat kecil. Lalu bergegas dia ke kedai jual daging dan memarahi penjual daging itu kerana mahu menipunya kerana kali ini bahagian sulit banteng yang diberikan kepadanya terlampau kecil.

Penjual daging itu memohon ribuan maaf dari orang tua itu sambil berkata, “Maaf tuan, saya lupa mahu beritahu tuan semasa tuan membuat pembelian tadi bahawa ini hari alangkah sedihnya, Matadorlah yang terbunuh bukan banteng!”

Kalau kalian dapati di atas ini sungguh kelakar, ini ilham yang diberi kepada si-kecil kalau kelakar itu datang langsung dari yang Maha Besar bagaimana pula? Mungkin kita ketawa terbahak-bahak sampai inna lilahi wainna ilahi rajiun.

Anakku, kita boleh buat perbandingan iaitu pandangan Allah swt itu sangat keras dan “No Nonsense” dan Allah swt yang Maha Kelakar.

Contoh, kalian ada seorang jiran dan kawasan rumahnya bersebelahan dengan kalian dipenuhi dengan bunga mawar (Rose) yang indah-indah lagi mengharumkan. Satu hari dia melihat kalian berdiri di pagar yang rendah di sebelah kawasan kalian menikmati bunga mawar yang indah lagi mengharumkan di kawasannya yang bersebelahan dengan kalian. Lalu dia lari keluar dari rumahnya dan berdiri disebelah kawasannya serta menghadap kalian dan berkata,”Kalau kamu sentuh walaupun sekuntum bunga mawarku, akan aku putung hidungmu, akan aku korek kedua mata mu, akan patah-patahkan tulang kamu, akan aku salai kulit kamu, akan aku beri anjing makan daging kamu dan akan aku bakar kamu sehingga tiada yang dapat mengenali kamu.”

Sungguh terperanjat serta menyeramkan kelakuan dan tindakan jiran kalian yang baru pertamakali kalian bersua muka dengannya kerana kalian baru sahaja beli tempat kediaman kalian dari seorang teman yang bernama Ali. Kalian hairan kenapa Ali tidak menceritakan tentang jiran ini kepada kalian semasa menjual kediamannya ini kepada kalian. Jiran ini sungguh-sungguh menakutkan dan macam tidak betul otaknya, agaknya ada mental problem. Maka kalian bergegas mahu pergi berjumpa Ali serta mahu memarahinya kerana tidak memberitahu kalian tentang jiran ini sebelum menjual kediamannya itu kepada kalian

Kalian berjumpa dengan Ali lalu menceritakan kepada Ali apa yang berlaku serta bertanya kepada Ali sama ada jiran kalian itu ada mental problem (masalah mental) kerana kelakuannya sungguh-sungguh menakutkan kalian.

Mendengar apa yang diperkatakan oleh kalian maka Ali ketawa terbahak-bahak sampai jatuh ke bumi. Sesudah dia dapat menentramkan dirinya Ali berkata,”Jiran itu namanya Pak Yunos, dia suka berjenaka dan berseluruh. Itulah cara dia kalau kita tidak tahu kita akan takut akan peribadiannya. Namun dia adalah seorang yang sangat baik dan murah hati. Kalau kalian minta dia sekuntum bunga mawarnya, dia akan beri kalian sebungkus dan kalau kalian minta izin menghirup kewangian bunga-bunga mawarnya, dia akan jemput kalian masuk ke kawasannya dan akan mempelawa (mempersilahkan) kalian duduk di kerusi di tengah-tengah kebun mawarnya itu dan akan menyiapkan minuman serta makanan ringan untuk kalian. Itulah Pak Yunos seorang yang suka berjenaka tetapi murah hati dan sangat baik orangnya”

Nah, sekarang kalian dapat melihat Pak Yunos dari satu sudut yang lain. Masihkah kalian berpendapat Pak Yunos ada mental problem dan menakutkan?

Apa yang Ayah mahu sampaikan ialah, lihatlah Allah swt dari sudut Maha Pengasih lagi Maha Penyayangnya Dia dan yang suka berseluruh. Dengan itu kalian bisa mencintaiNya. Kerana kalau kalian lihat dari sudut garangNya Dia maka kalian akan sentiasa takut kepadanya dan sukar mencintainya kerana ketakutan kalian mengatasi rasa cinta kepadaNya yang ada pada kalian.

Di dunia sekarang ini hampir seluruh dunia “Islamicphobia” iaitu takut kepada Islam dan di antaranya mereka beranggapan Allah swt adalah Tuhan yang zalim lagi menakutkan. Maka perlulah kita mengubah konsep ini dengan menunjukan Allah swt dari sudut Maha Pengasih lagi Maha Penyayang namun suka berseluruh. Supaya Islam dapat diterima oleh semua pihak dan pandangan yang sekarang ini terhadap Allah swt berubah.

Iklan

Read Full Post »

MAHA KELAKAR

Kelakar Arif Billah

Anakku, sering kita lihat Allah swt hanya dari sudut Tuhan yang Keras dan “No nonsense” (Tidak macam-macam) saja. Namun kalau kita lihat Allah swt dari sudut yang lain, kita dapat menyaksikan bahawa Allah swt sungguh-sungguh Maha Kelakar (Humorous).

Contoh Maha KelakarNya Dia:

  1. Kenapa lantik Azazil (Iblis) dan kuncu-kuncunya yang dijadikan daripada api menjadi sebahagian dari kumpulan malaikat yang dijadikan daripada Nur.

Hehehe… Kerana Dia tahu bahawa Malaikat terlampau jujur dan taat justeru (karena) itu, malaikat tidak akan berani mengingkari perintahNya.

  1. Memerintahkan Iblis dan kuncu-kuncunya supaya sujud kepada jasad Adam as yang terbujur di dalam syurga.

Hehehe… Tak kan Dia tak tahu mereka tidak akan berbuat begitu.

  1. Kenapa pilih Adam as yang jasadnya masih terkulai layu di syurga sebagai Khalifah. Kenapa tidak pilih Iblis yang sangat taat lagi kuat beribadah kepadaNya.

Hehehe … Sengaja Dia berbuat begitu kerana Dia sudah tahu Iblis akan engkar. Keingkaran Iblis juga siapa yang ilhamkan? Hehehe.. Siapa goda iblis sebelum iblis jadi iblis?

  1. Kerana keingkaran Iblis dan kuncu-kuncunya maka mereka dihalau daripada syurga. Mereka menghuni bumi-bumi yang terdapat di angkasa lepas dan mengikut Rasulullah saw ramainya mereka nisbahnya adalah 9 mereka berbanding dengan 1 kita dan mereka menyembah Taghut.

Sekarang berbalik kita ke pertanyaan apa perlunya Khalifah apabila ada Nabi-Nabi dan Malaikat-Malaikat. Kerana Malaikat-Malaikat ada tugas mereka tertentu dan Rasulullah Muhammad saw adalah khataman nabi. Dan Dia tahu iblis dan syaitan-syaitan masih tidak menyembahnya sebelum dan selepas masa Rasulullah saw. Kerana itulah siang-siang lagi kita sudah dilantik jadi Khalifah untuk menerima di hari muka  Amanah untuk kembalikan Iblis dan syaitan-syaitan di atas untuk menyembah Allah swt yang Amanah ini ditolak oleh langit, bumi dan gunung-gunung. Justeru (karena) itu juga Dia memberi kita ilmu dan kelengkapan untuk membantu kita menjalankan Amanah ini.

  1. Melihat Adam as mundar mandir di dalam syurga seorang diri, Dia bertanya kenapa kamu mundar mandir dan Adam as menjawab bahawa dia kesunyian.

Hehehe… Tak kan Allah swt tidak tahu.

  1. Kerana Adam as kesunyian maka Dia jadikan Hawa.

Hehehe… Sudah ada dalam LM dan Dia tahu.

  1. Dia jadikan Hawa dari tulang rusuk Adam as. Kerana Kaum Hawa dijadikan dari tulang rusuk maka bagaimana pun kita mahu luruskannya tetap bengkok juga kerana itu banyak penghuni neraka adalah Kaum Hawa.

Hehehe… Sengaja pilih tulang rusuk yang bengkok kenapa tidak yang lain yang tidak bengkok.

  1. Berpesan kepada Adam as dan Hawa jangan memakan buah khuldi itu.

Hehehe… Tak kan Dia tak tahu mesti mereka makan punya.

  1. Kerana dihalau dari syurga kerana tak sujud kepada kita maka iblis menggoda Hawa dan Adam memakan buah yang telarang itu seperti tertera di dalam Al Quran.

Hehehe… Nabi Adam as pecahkan rahsiaNya dengan berkata bahwa ini sudah dituliskan 40 tahun sebelum dia dijadikan.

  1. Kerana melanggar larangan Allah swt, Adam dan Hawa dihalau dari syurga dan diperintahkan turun ke dunia.

Hehehe… Dunia sudah ada, dan mereka mesti makan punya.

Insya-Allah akan disambung kalau anak-anak mahukannya.

Read Full Post »

KEBESARAN ALLAH SWT

Nasihat Arif Billah

Anakku, di sini Ayah akan mencerita serba sedikit tentang Kebesaran Allah swt:

 

  1. Tiada yang boleh mendahului PengetahuanNya. Maka semua yang dibuat atau tidak buat, Dia Tahu.
  2. Tiada yang boleh mendahului KeijinanNya. Maka semua yang dibuat atau tidak buat, Dia Ijinkan.
  3. Tiada yang kalian lakukan atau tidak lakukan melainkan sudah ada dalam LM Nya. Maka adalah mustahil kalian berbuat sesuatu di luar LM Nya.
  4. Apa jua perbuatan kalian, Dia yang Susunkan dan sudah tersusun semasa Dia firman,”Kun”. Adalah mustahil kalian berbuat sesuatu di luar SusunanNya.
  5. Apabila kalian lupa maka kelupaan kalian juga udah tersusun dalam LM kerana Dia tidak lupa apapun walaupun sekecil atau lebih kecil dari zarrah (atom). Adalah mustahil Dia Kelupaan.
  6. Apa jua pandangan atau perbuatan yang kalian lihat adalah susunan mengikut KehendakNya. Adalah mustahil kalian berbuat sesuatu di atas kehendak kalian.
  7. Apa jua keadaan atau suasana yang kalian saksikan atau rasakan adalah DiPelihara olehNya. Adalah mustahil yang kalianlah yang memelihara keadaan atau suasana itu.
  8. Apa jua bentuk ciptaan (termasuk diri dan milik kalian) adalah Kepunyaan dan Hak Milik MutlakNya. Kalian tidak memiliki apa-apapun. Adalah mustahil kalian memiliki sesuatu atau berkongsi milik denganNya. Semua adalah Hak MutlakNya kerana tiada Tuhan melainkanNya.
  9. Apa jua bentuk ciptaan (termasuk tempat, ruang dan masa) adalah penzahiran (sifat) daripada Dzat (Hakikat). Tidak akan ada Sifat kalau tidak ada Dzat, Hakikat yang Wajibul Wujud.
  10. Kerana Sifat adalah sebenarnya penzahiran Dzat justeru itu, yang sebenar wujud adalah Dzat, Hakikat disebalik setiap ciptaan (termasuk tempat, ruang dan masa).
  11. Kerana Dzat (Hakikat) pula terzahir dari sedikit DiriNya (Makrifat) maka sebenarnya Dialah yang bermain dan bersenda gurau dengan Dzat. Ekor gajah bergerak kerana digerakkan oleh gajah.

 

Semoga penerangan di atas ini lebih memperkukuhkan kefahaman kesemua anak Ayah yang dirindui, insya-Allah, aamin ya Rabb aamin!

Read Full Post »

Nasihat Arif Billah:
Anakku, kadangkali apabila kamu hidup sebatang kara atau seorang musafir di negeri orang maka apabila datang ujian yang berat pada masa itu kamu akan sedar bahawa tiada siapa jua yang ada di sampingmu. Justeru itu, kamu juga akan sedar bahawa temanmu yang setia adalah air matamu yang akan sentiasa menemanimu.

Di masa-masa ini-lah baru kamu sedar sebenar-benar sedar bahawa ilmu makrifat yang dipelajarimu serta amalan “naik” mengadu dan berpaut kepada Allah swt sangat bermutu lagi berkesan kepadamu kerana tanpa ilmu ini kemungkinan besar kamu akan jadi gila ataupun murung ataupun orang yang patah semangat seumur hidup.

Anakku, jika kamu berada dalam ujian sedemikian maka segeralah naik dan berpautlah kamu kepada taliNya serta pasrah dan yakin disebalik ujian ini ada hikmah yang terbaik bagimu kerana tidak Allah swt membuat sesuatu sia-sia. Justeru itu, hendaklah kamu istiqamah dalam keadaan ini sehingga Allah swt melepaskanmu dari ujianNya itu.

Percayalah anakku, sekiranya kamu berpaut kepada taliNya serta pasrah dan sesudah itu kamu istiqamah (apabila kamu mengalami ujian-ujian yang berat-berat) maka kamu sudah menjadi SABUT di dalam air yang tidak bisa tenggelam, insya-Allah. Ingatlah anakku apabila kamu berbuat demikian (berpaut, pasrah dan Istiqamah) kamu akan menjadi tenteram justeru itu Allah swt akan menjemputmu masuk kedalam jemaahNya (orang-orang yang tenteram).

Read Full Post »

Nasihat Arif Billah:

Minda (bahasa lama, Akal) adalah sesuatu yang Transient/Impermanent (tidak berjisim).

Allah swt berfirman bahawa Dia memberi kita pendengaran, penglihatan dan hati. Di lain firman pula disebut Hati yang berfikir atau yang memahami.

Kenapa tidak disebut Minda tetapi disebutkan Hati. Kerana jika disebut pendengaran, penglihatan dan minda, ini bisa difahami sebagai 3 anggota yang tidak sepadu. Namun kefahaman ini tidak benar kerana ketiga-tiga anggota ini adalah sepadu dan, bukan sahaja itu, ia beroperasi 24 jam serta tidak pernah “rosak”. Yang rosak adalah anggota fisikal (Otak, telinga atau mata) yang membuat Minda, Pendengaran dan Pandangan tidak dapat berfungsi. Namun apabila diperbaiki anggota fisikal ini seperti menerusi perubatan atau operasi (pembedahan) maka naluri-naluri tertentu itu sudah bisa terus berfungsi lagi.

Contoh, air sungai yang sentiasa mengalir ke sawah namun kalau ada yang menyekatnya seperti tanah runtuh dan sebagainya maka air sungai tiu tidak dapat mengalir ke sawah. Tetapi sekiranya tanah yang runtuh itu dipindahkan air sungai itu dapat terus mengalir semula ke sawah.

Minda adalah tempat turunnya segala arahan dari Lauhul Mahfuz (LM) sama ada yang baik atau yang jahat. Kerana itu kalau rosak Minda itu (semua arahan turun menyuruh kepada kemungkaran) maka rosaklah orang itu.

Minda kerana berkeadaan “Transient”, ia tidak terikat kepada jisim dan juga kepad Roh. Ini bererti ia bisa keluar dan meninggalkan Jasad dan Roh. Contoh, seseorang yang mengelamun atau termenung, mindanya pergi ke mana sahaja meninggalkan jasadnya. Ataupun semasa wisata jiwa ke awan (cloud), minda bisa meninggalkan Roh (yang sementara tinggal dan masih duduk di awan), dan minda itu pulang kembali ke jasad. Lalu sesudah itu minda bisa pulang kembali kepada Roh yang masih duduk di awan.

Minda apabila bergabung dengan Roh, yang pusatnya terletak dekat daerah ulu hati, menjadi JIWA. Ini boleh berlaku hal-hal seperti berikut:

  1. Apabila mahu tidur maka Hati (Minda, Pendengaran dan Penglihatan) turun ke dada (daerah ulu hati) dan bergabung dengan roh menjadi jiwa. Sesuai dengan firman maksudnya bahawa Allah swt memegang Jiwa kita semasa tidur. Kenapa dipegang bukan ditidurkan?. Kerana Minda, Pendengaran dan Penglihatan tidak pernah tidur serta sentiasa berfungsi 24 jam. Semasa Hati turun ke dada, inilah saat-saatnya keimanan kita tergugat atau terturun (disebabkan ketiduran). Kerana itu, Hati hendaklah sentiasa berjaga sesuai dengan sabda Rasulullah saw. “Mataku tidur, hatiku tidak.”
  2. Semasa Roh naik ke kepala dan bergabung dengan Hati. Ini bisa berlaku dalam keadaan “Fana”.
  3. Semasa wisata jiwa (OBE) atau semasa dikeluarkan menerusi tulang sulbi kita (semasa kita berada dalam rahim ibu kita) mahu diambil kesaksian kita.
  4. Semasa Minda menyusuli Roh yang berada di Gerbang (Pintu) Alam Bazakh dan bergabung sebelum memasukinya.
  5. Semasa di alam mimpi, kita yang berada dalam mimpi itu bisa berfikir.

Sayugia diingatkan, yang naik sejengal, sehasta dan sedepa adalah Minda dan apabila dijemput oleh Ilahi, inilah masa bergabungnya Roh & Minda menjadi Jiwa dalam keadaan Fana.

Untuk mencapai keadaan ini, Minda mestilah BERSIH dan SUCI.

MINDA MENJADI BERSIH APABILA DIKOSONGKAN (dari segala sampah dan sarap) DAN MENJADI SUCI APABILA DIISIKAN DENGAN DZIKRULLAH (INGAT Kepada ALLAH SWT).

Seperti diterangkan di atas ini bahawa Minda adalah anggota bebas tidak terikat kepada roh ataupun jasad dan ia bisa pergi ke mana sahaja. Untuk Minda mahu (bisa) bertahan duduk di dalam kepala (otak) kita (duduk di Pintu Belakang atau Base Camp) dan tidak terturun ke dada, maka hendaklah Minda itu dikosongkan. Bererti ia tidak diganggu atau terpengaruh dengan keadaan di luar (jangan turun ke Pintu Depan). Kalau minda itu tidak dikosongkan maka susah mahu duduk di Pintu Belakang dan selalu terturun ke Pintu Depan.

Sesudah dikosongkan maka hendaklah minda itu di sucikan dengan dzikrullah sehingga akhirnya dijemput oleh Ilahi iaitu keadaan Fana.

Proses menyucikan Minda itu hendaklah dilakukan secara santai (relak), kerana kalau terlalu menekan (dipaksakan) ia akan mengalami kaedah-kaedah Vertigo.

Harap prihatin (perhatikan), buddhist bisa duduk Pintu Belakang atau Base Camp kerana mereka mengosongkan Minda mereka. Namun kerana mereka tidak dapat mensucikan Minda itu, yang hanya bisa dibuat menerusi (melalui) dzikrullah, maka di peringkat ini mereka akan didampingi oleh mahkluk ghaib dan akhirnya mereka menjadi mengalami berbagai peristiwa mistik.

(Note deka: Begitu jugalah yang terjadi dengan para dukun, pemeditasi, dan orang-orang yang mencoba mengolah (mengosongkan) pikirannya tapi ia tidak menyucikan mindanya itu dengan Dzikrullah)

Sesudah kalian kosongkan Minda itu dan sucikan menerusi sentiasa berdzikrullah maka akan datang ketenteraman. Ini sesuai dengan firman-Nya yang bermaksud bahawa Hati akan menjadi tenteram dengan mengingati Aku.

Ketentetaman ini membolehkan roh kalian naik dan bergabung dengan hati kalian lalu menjadi jiwa. Justeru (barulah setelah itu) datang jemputan Ilahi, “Hai Jiwa-jiwa yang tenteram kembalilah kepada Ku dan masuklah dalam jemaahKu”.

“JemaahKu” maksudnya ialah mereka sudah sampai ke taraf ini. Iaitu keadaan di jemput Ilahi atau Fana.

Sampai di sini sahaja anak-anak Ayah sehingga berjumpa lagi, salam rindu dari Ayah untuk kalian semua.

Read Full Post »

Anakku, apabila fahaman Wahdatul Wujud (WW) ditolak oleh Sayidina Ali ra maka kebingunganlah ulama tasawuf pada masa itu terutama pada soalan kepada siapa Allah swt berfirman,”Kun”.

Maka berbalik mereka mentelaah al Quran dan terjumpa 3 ayat yang menjadi nadi kefahaman Nur Muhammad:
1. Surah An Nur yang memperkatakan bahawa Allah swt adalah Nur langit dan bumi.
2. Surah Sajdah yang memperkatakan bahawa Allah swt meniupkan RohNya ke dalam jasad.
3. Surah Al Anfaal yang memperkatakan bahawa bukan Nabi Muhammad saw yang melempar atau membunuh tetapi yang melempar atau melempar adalah Allah swt.

Rumusan mereka:
1. Bersandarkan perengan (1) & (2) di atas ini maka Allah swt mempunyai Nur dan Roh.
2. Bersandarkan perengan (3) walaupun Rasulullah saw melempar dan membunuh namun Allah swt mengaku Dia yang melempar atau membunuh maka sebenarnyalah Rasulullah saw adalah sebahagian Roh atau Nur Allah swt. Mereka tidak mahu memperkatakan bahawa Rasulullah saw adalah Roh atau Nur Allah swt sepenuhnya kerana itu akan menjerumuskan mereka dalam fahaman WW. Namun begitu, “dalam senyap” mereka memperkatakan bahawa Ahmad tanpa “m” menjadi Ahad.

Apabila saya terangkan dalam bahasa inggeris (dan melalui juru bahasa) perkara di atas ini dan berkenaan hanya sedikit Dzat yang menjadi kesemua ciptaan (termasuk tempat, ruang, masa, Nur dan Roh) kepada para hadirin yang berada di seminar saya di KunMing dan Shanghai di Cina, ada beberapa professors (bangsa Cina) berjumpa saya dan berkata bahawa mereka ingat hanya dua jalan sahaja dapat mengenal Allah swt iaitu Wahdatu Wujud (WW) atau Nur Muhammad (NM), ternyata penerangan yang saya beri adalah lebih senang lagi jelas.

Harap anak-anak ayah sekarang lebih mengerti bagaimana dan apakah sandaran fahaman NM.

Anakku, sehubungan dengan fahaman Roh atau Nur Muhammad, ayah akan lanjutkan lagi perbincangannya.

Manusia diciptakan dengan 4 unsur utama:
1. Jasad.
2. Nyawa.
3. Roh.
4. Minda (Hati kalau 3 serangkai)

Roh itu adalah tenaga dan berkuasa. Kerana Roh itu adalah tenaga maka ia tidak bisa berfungsi kalau tidak diapplikasikan atau disalurkan kepada sesuatu. Justeru (oleh sebab) itu kita mempunyai jasad.

Jasad diciptakan daripada tanah, air, api dan angin. Jasad tidak diciptakan daripada Roh. Jasad tidak bisa bertahan dan menjadi busuk kalau tidak ada Nyawa.

Saat meninggal, Nyawa diambil sesudah Roh (jiwa) masuk ke alam bazakh. Justeru Nyawa itu bukan sebahagian dari Roh kita. Juga denyutannya Nyawa inilah yang membuat jasad itu hidup. Dan denyutan Nyawa ini jugalah yang menolak Roh masuk ke pintu alam bazakh yang dikenal sebagai proses sakaratul maut. Nyawa ternyata bebas (independence) daripada Roh. Arahan yang diterima oleh Nyawa sama ada berdenyut atau hentikan denyutan datang daripada Minda bukan daripada Roh.

Minda atau Hati (kalau 3 serangkai) adalah yang menerima serta menyampaikan komunikasi setiap masa. Minda-lah yang memberi pengertian kepada setiap komunikasi yang diterimanya. Komunikasi ini pula diarah ke Roh, dan Roh sebagai tenaga menjalankan arahan daripada Minda. Ini juga bererti tanpa Minda, Roh tidak mungkin berfungsi. Komunikasi yang diterima oleh Minda datang dari LM yang sudah siap semasa Allah swt berfirman,”Kun!”

Maka kita boleh contohkan susunan manusia seperti pesawat yang sedang terbang di angkasa:
1. Badan Pesawat = Jasad
2. Wiring termasuk cable dan computer di dalam pesawat = Roh
3. Enjin (engine) pesawat = Nyawa
1. 4 Juru Terbang (Pilot) = Minda/Hati.

Maka jelaslah bahawa Roh hanyalah satu bahagian (Component) dari susunan (make-up) diri manusia, bukan unsurnya. Di sinilah satu kelemahan dari fahaman berkenaan Roh atau Nur Muhammad.

Malaikat, jasadnya daripada Nur. Malaikat pun mempunyai Roh. Malaikat juga mempunyai nyawa kerana mereka juga apabila datangnya kiamat akan mati. Mereka juga mempunyai Minda kerana bisa menerima arahan Ilahi.

Justeru (oleh sebab) itu adakah Malaikat terjadi dari dua unsur Roh dan Nur Muhammad?

Allah swt berfirman dalam hadith Qudsi bahawa anak Adam mencederakanNya dengan mencaci Masa kerana Masa itu adalah Dia (Allah swt). Nah sekarang kepada fahaman Nur atau Roh Muhammad mesti tambah satu lagi, yaitu komponen (bahagian) Masa atau Masa Muhammad?

Padahal Rasulullah saw ada bersabda (hadith sahih) bahawa Dzat yang mendahulukan dan mengakhirkan bukan Nur atau Roh baginda.

Prihatin (perhatikanlah), hadith yang mengatakan kita semua dari Muhammad adalah hadith palsu.

Dalam Injil Barnabas ditulis Roh Rasulullah saw DIJADIKAN dan bukan ia sebahagian daripada Roh atau Nur Allah swt. Setelah Roh Rasulullah dijadikan, ia diletakkan di dalam sesuatu tempat yang istimewa. Ini bererti, tempat di mana Roh baginda diletakkan sudah ada sebelum Roh baginda dijadikan. Justeru (oleh sebab) itu, bagaimana bisa semua ciptaan dikatakan terjadi dari Roh Muhammad?.

Dikatakan juga Roh baginda dijadikan 60,000 tahun sebelum dijadikan langit dan bumi serta seisinya. Ini bererti Roh mempunyai umur maka bagaimana bisa ia sebahagian dari Allah swt?.

Masalah dengan fahaman ini terutama ialah mereka mentafsirkan ayat yg mengatakan bahawa “RohKu” Atau “Allah swt adalah Nur langit dan bumi” secara “literal” (permukaan). Sebenarnya maksud ayat-ayat ini ialah Nur dan Roh itu adalah ciptaan Allah swt dan harus dimengertikan seperti berikut:

1. Allah adalah Nur langit dan bumi = Allah adalah Pencipta Nur langit dan bumi. (Sesudah itu, dalam ayat itu Allah swt menceritakan tentang Nur ini bukan tentang DiriNya.

Dan dalam penerangan saya, saya ada menulis bahawa Nur ini atau Pelita yang bersinar seperti bintang di dalam lapisan kaca merujuk kepada Loh Mahfuz (LM) bukan kepada Nur Muhammad. Juga Nur atau Pelita ini berada di dalam bekas maka bagaimana Nur Muhammad menjadi unsur apabila ia berada di dalam bekas atau lobang yang tidak tembus?)

2. Meniupkan RohKu = Meniup Roh ciptaanKu. Ini sepatutnya tafsiran ayat ini.

Harap anak-anak jelas berkenaan fahaman Nur Muhammad. Salam rindu dari Ayah, semoga insya-Allah kita bertemu di Jember untuk Seminar Dasar dan Syarahan lanjutan, aailmin ya Rabbal alamin.

 

Read Full Post »

Rio Benny Arya: Arief Prawira Kusumah
Assalamualaikum Ustadz. keterangan Arif Billah datang 1000 tahun sekali itu sumber keterangannya darimana ya ustadz?

Utd Hussien Abdul Latiff:
Ramai yang menunggu dalam abad 4 hijriah datangnya seorang mujadid yang membawa pembaharuan dalam bidang tasawuf kerana pada masa itu ramai yang menolak timbulnya fahaman Wahdatul Wujud, Nur Muhammad dan Tarikat. Namun yang datang setiap 100 tahun adalah mujadid yang membawa pembaharuan di bidang lain. Hanya di abad 14+ baru saya dimandatkan oleh Rasulullah saw untuk menjernihkan ilmu tasawuf dan mengembalikannya kepada Jalan Nabi-nabi. Timbulnya saya ssudah 1000 tahun berlalu dari abad ke 4 hijriyah.

Namun sebelum ini, ada tertulis di risalah Arqam Malaysia (Sebelum ditutup oleh kerajaan Malaysia) bahawa 1000 tahun sudah berlalu maka sudah sampai masanya seorang mujadid akan timbul dan mereka mengatakan itu adalah ketua mereka (gelaran “Abu Yah”). Apabila saya membaca itu, saya tahu itu tidak benar kerana mujadid yang akan datang 1000 tahun untuk menjernihkan bidang tasawuf adalah diri saya kerana saya-lah yang menerima mandat dari Rasulullah saw.

Tanda-tanda saya adalah mujadid yang dijanjikan (selain dari mandat yang diberi oleh Rasulullah saw) adalah seperti berikut:

1. Alhamdulillah beribu orang sudah di makrifatkan di seluruh dunia (Singapura, Malaysia, Indonesia, Australia, China, London dll).

2. Hampir 90% mencapai makrifatullah menerusi Youtube tanpa kehadiran saya. Ini adalah satu fenomena baru. Seperti juga al Quran, ramai mendapat hidayah dengan membacanya tanpa kehadiran Rasulullah saw.

3. Makrifatullah kembali semula menjadi “Awaluddin Makrifatullah”.

4. Tasawuf Jalan Nabi-nabi bersinar semula yang menekan kepada:
i. Pertama, makrifatullah.
ii. Sesudah itu Ibadah mencontohi Rasulullah saw dan para sahabat baginda kerana merekalah sebaik-baik ummah.

5. Ilmu makrifatullah disampaikan begitu mudah sehingga yang bukan Islam pun dapat memahaminya. Saya sudah menyampaikan ilmu ini kepada yang bukan Islam dan mereka dapat memahaminya serta mahu terus mendengar syarahan saya dan ada yang mahu bawa keluarganya sekali. Syarahan kepada mereka adalah dalam bahasa inggeris.

6. Di samping ilmu makrifat, ilmu berkenaan sakaratul maut, hati, jiwa, wisata jiwa (OBE), kasyaf dan terbuka mata ke3 yang belum pernah disampaikan dengan jelas lagi tersusun sebelum ini, sudah saya sampaikan.

7. Dzikrullah iaitu ingat kepada Allah swt tanpa berupa dan diumpamakan, sudah saya sampaikan dengan praktis atau latihannya sekali.

8. Ilmu makrifatullah yang disampaikan juga memperkuatkan Fatwa dari Malaysia berkenaan Wahdatul Wujud, Nur Muhammad dan Rabitah yang difatwakan sesat.

9. Sekarang kami sedang membuat projek “Balik ke pangkal jalan” untuk membantu penagih dadah (nakoba) , banduan, pesakit-pesakit tenat (terminal) dan mental (di Malaysia dan Indonesia) menerusi ilmu makrifatullah ini. Kami harap insya-Allah dapat memberi mereka ketenangan serta mengembalikan mereka kepangkuan masyarakat/keluarga sessudah mereka pulih kelak.

Sekira ini berjaya, insya-Allah kami akan cuba pula memperkenalkan ilmu ini kepada siswi dan siswa di pengajian tinggi dengan harapan mereka menjadi siswa dan siswi berwibawa ukrawi dan duniawi.

10. Kami juga sudah menerbitkan lebih dari 200 syarahan-syarahan khusus berhubungkait dengan ilmu makrifatullah di Youtube di mana setiap syarahan adalah lebih dari satu jam. Ini disamping buku-buku, lagu-lagu (3 Album CD) yang selalu kedengaran di radio Singapura sebelum subuh, serta puisi puisi khusus berkenaan ilmu makrifatullah.

Kalau kalian mempertikai semua yang tertulis di perengan (1) hingga (10) masih belum cukup menjadi tanda-tanda seseorang itu adalah Arif-Billah yang ditunggu-tunggu selama lebih 1000 tahun maka terserahlah.

Maka sayalah yang mengatakan mujadid yang berperingkat Arif Billah hanya datang 1000 tahun satu kerana mujadid yang dikatakan oleh Rasulullah saw yang datang 100 tahun satu itu hanyalah secara “am” (umum). Kalau tidak ada akan ada yang menuduh Rasulullah saw bohong, kerana tiada mujadid peringkat Arif-Billah dalam abad ke 5 hingga ke awal 14 yang membawa pembaharuan dalam ilmu tasawuf terutama ilmu maktifatullah.

 

Yusdeka:

Sampai tidak bisa berkomentar, kecuali hanya 😭 dan 😭 karena rasa syukur yang tak terhingga…

Dirumah sekarang saya punya anak kecil umur 14 tahun (adik dari suami anak saya karima). Suatu saat dia melihat buku makrifatullah dasar. Dia lalu bertanya dan minta diterangkan. Anehnya dia bisa langsung mengerti dan sangat senang sekali. Saking senangnya buku itu dia bawa kesekolahnya. Lalu guru agamanya melihat buku itu. Dia diinterogasi. Gurunya berkata: “jangan belajar makrifatullah, nanti kamu sesat dan gila.”. Tapi karena dia sudah mengerti, dia hanya tersenyum saja menanggapinya. Eh guru agamanya malah tambah marah. Sampai buku tersebut disita oleh guru agamanya. Anak itu hanya lapor dan tersenyum, karena buku makrifatullah dasar itu masih banyak dirumah. Seminggu kemudian buku itu dikembalikan oleh guru agamanya dengan tanpa berkata apa-apa.

Saat anak itu minta diajar dzikrullahpun dia bisa melakukannya dengan mudah dan rasanya enak katanya. Ketika dia bertanya tentang lauhul mahfuz dan takdir, suatu terminologi yang sangat lama saya cari maknanya sebelum bertemu dengan Ustadz Hussien, eh dia juga bisa menerima dengan lancar. Sekarang kalau ditanya tentang apa disebalik dinding, dia langsung jawab tanpa ragu: “Dzat”.

Dari itulah saya menjadi sangat yakin akan tugasan Arif Billah yang dipikul oleh Ustazd Hussien BA Latiff. Karena Beliau membawa lompatan besar dalam pelajaran tasawuf jalan nabi-nabi.

Ya Allah mohon sampaikan hadiah Al fatihah saya untuk Beliau Arif Billah… al fatihah….

Read Full Post »

Older Posts »

%d blogger menyukai ini: