Feeds:
Pos
Komentar

Archive for April, 2017

Intermezo-3

(Nasihat Arif Billah Ustadz Hussien BA Latiff)

*PRINSIP / PANDUAN MELIHAT PERGOLAKAN DUNIA (ujian berlaku untuk ORANG LAIN)*

*A. Pertama (diterapkan jika ujian, kemalangan bagi orang lain tersebut tak berkait dengan kita secara langsung)*

  1. Allah SWT sudah tahu
  2. Allah SWT sudah mengizinkannya.
  3. Sudah ditulis dalam LM.
  4. Diam (masuk pintu belakang ROC [Relax One Corner])
  5. Semua berhikmah.

*B. Kedua (diterapkan bila mangsa (orang yang diberi ujian) mendatangi kita minta nasihat)*

  1. Allah SWT sudah tahu.
  2. Allah SWT sudah mengizinkannya.
  3. Sudah tertulis dalam LM
  4. Naik dan minta panduan dari Allah SWT untuk mengatasi masalah rakan mu itu.
  5. NST [Naik Serah Tunggu]
  6. Hanya nasihat apabila dapat panduan Ilahi sesuai dengan firman Allah swt bahawa Muhammad tidak berbuat sesuatu mengikut hawa nafsunya.

*C. Ketiga (diterapkan bila mangsa (orang yang diberi ujian) berkait dengan kita secara langsung seperti ahli keluarga kita yang dalam bahaya:

  1. Jangan bersungut kerana perkara jenayah sedang berlaku. Bersungut tidak akan memberhentikannya.
  2. Dia mesti redha yang dia dalam keadaan maksiat itu sedang berlaku.
  3. Dia mesti adjust berbuat sesuatu yang dapat menyelamat mangsa yang juga anaknya.
  4. Pertukaran bukan sebagai ABDAL (itu untuk sampai kpd peringkat orang-orang Allah) atau sebagai orang makrifat tetapi kepada BEDAL (orang biasa).
  5. Sesudah selamat anaknya, jangan menepok dada (menyombong)

Keterangan Utd Hussien Abdul Latiff: Anakku, sila lihat penambahan perengan C Ketiga.

Maka ada keadaan ketiga apabila orang yang terdekat dengan kita dalam bahaya kita boleh turun padang (pintu depan) seperti:

  1. Rasulullah saw apabila umat baginda dalam bahaya, baginda turun ke padang.
  2. Juga khidir turut turun ke padang (pintu depan) memberitahu muridnya Musa AS yang berada dalam kebingungan walaupun dia bisa diam di pintu belakang ROC.

Read Full Post »

Intermezo-2

(Nasihat Arif Billah Ustadz Hussien BA Latiff)

SIKAP ORANG MAKRIFAT DALAM MENGHADAPI PERGOLAKAN.
 

Apapun Peristiwa Lihat dalam Kacamata 4 prinsip:

  1. Kamu tidak wujud
  2. Dia bermain dengan Dzat-Nya
  3. Permainan-Nya mengikuti pelan induk-Nya [LM= Lauh Mahfudz]
  4. Pengertian tentang apa yg dipermainkan-Nya hanya dengan Dia

 

Baru kamu akan sadar bahwa:

  1. Allah yg mengurus
  2. Pengurusan ditangan-Nya
  3. Tidak ada sedikit pun campur tangan kita.

 

 

Maka anakku, dengarlah nasihat Ayah ini.

 

**Apabila KAMU sendiri diuji dengan ujian yang amat berat maka**:

  1. Pakailah 4 prinsip tadi.
  2. Duduk “pintu belakang” sambil melihat “pintu depan” seraya mengetahui tidak sedikitpun campur tanganmu atas apa yang sedang berlaku.
  3. Semua berlaku dengan kehendak-Nya. Tidak satu pun Dia lupakan walaupun lebih kecil dari atom. Kerana itu Rencana-Nya sempurna.
  4. Jangan cari pengertian kenapa kejadian yang dasyat itu berlaku kepadamu. Kerana ini boleh (bisa) membuat kamu jadi dunggu. Pasrah (berpaut kepada-Nya) kerana pengertian hanya dengan-Nya. Dan yakin bahwa atas setiap sesuatu yang ditetapkan-Nya ada Hikmah.

 

Tangisan dan doa Ayah sentiasa mengiringimu anakku sehingga Allah swt melepaskan kamu dari ujian mu…

 

 

Anakku lihat 4 bahagian ini:

  1. 4 prinsip:

1. Kamu tidak wujud

2. Dia bermain dengan Dzat-Nya

3. Permainan-Nya mengikut Pelan Induk-Nya (LM= Loh Mahfuz)).

4. Pengertian tentang apa yang dipermainkan-Nya hanya dengan Dia.

 

  1. Menghormati hak orang lain. Apa yg mereka lakukan bukan dengan kehendak mereka sendiri, tetapi mengikut apa yang sudah tertera di LM. Tiada pilihan untuk mereka melainkan melakukan apa yang sudah menjadi takdir kepada mereka. Justeru itu kita mesti menghormati mereka.

 

  1. Kita akan diuji mengikut kemampuan kita. Bila diuji hendaklah kita berpaut kepada-Nya.

 

  1. Keyakinan kepada Yang Ghaib dan pertolongan-Nya.

 

 

Rumusan Sikap:


Pertama
, kita tidak wujud dan dengan itu yang berinteraksi adalah DzatNya mengikut LM. Pengertian berkenaan drama ini hanya dengan Ilahi.
Kedua, kita mesti menghormati hak orang lain. Maknanya setiap orang diberi haknya  dalam LM iaitu skrip lakonannya dan hendaklah mereka berlakon mengikut skrip itu. Maka apa jua perbuatan termasuk keputusan yang dibuat mereka adalah kepatuhan kepada skrip itu dan tiada pilihan. Maka kita mesti menghormati mereka berlakon mengikut skrip mereka kerana itu adalah hak mutlak mereka.
Ketiga, setiap skrip ada ujian. Namun jangan risau semua ujian mengikut beban yang kita boleh pikul. Juga di sebalik setiap ujian ada hikmah. Justeru itu, berpautlah kepada Allah swt bila-bila masa dilanda ujian dan “take heart” (jangan risau) kerana ujian itu juga ciptaan dan tidak kekal. Bertahan sambil berpaut kepada Allah swt kerana dihujung perjalanan ada “rainbow” (pelangi) atau hikmah yang terbaik bagi kita kerana Allah Maha Bijaksana tidak berbuat sesuatu sia-sia. Kalau kita berpaut kepada-Nya, insya-Allah, kita adalah sabut yang tidak akan tenggelam.
Keempat, Yakinlah kepada Allah swt Tuhan Mang Maha Ghaib. Yakin yang tidak berbelah bagi, iaitu Haqqul Yakin. Yaitu Dia dekat lebih dekat dari urat nyawa dan memakbulkan doa.

 

Maka gunakanlah 4 bahagian di atas ini kepada perkara apapun yang ada disekitaran kita.

 

 

Apabila kita menggunakan 4 bahagian kepada perkara-perkara di atas ini maka fahamlah kita dari:

 

  1. Sudut pintu depan bahawa semua pelakon berlakon mengikut skrip masing-masing. Tiada pilihan melainkan mesti jalankan apa yang sudah tertera dalam LM. Bila datang ujian berpaut kepada Allah SWT dan yakin Dia akan menolong.

 

  1. Sudut pintu belakang, DzatNya berinteraksi mengikut LM.

 

 

Rahsianya di sini ialah apabila anakku sudah faham 4 bahagian yang diterangkan di atas ini maka akan hilanglah amarah anakku dan digantikan DENGAN sifat KELEMBUTAN seperti Rasulullah SAW. Beliau orangnya sangat lembut dan tidak pernah meninggikan suara kepada sesiapa pun.

 

Justeru itu, 4 bahagian kini menjadi 5 bahagian:

  1. Lihat dalam bingkai 4 prinsip.
  2. Menghormati hak orang.
  3. Ujian.
  4. Keyakinan yang tidak berbelah bagi.
  5. Kelembutan.

Maka ketahuilah anakku bahawa kebanyakkan orang-orang Allah SWT mempunyai kelembutan hati. Inilah rahsianya.

Read Full Post »

Intermezo-1 

(Nasihat Arif Billah Ustadz Hussien BA Latiff)

DIAM dalam MASA PERTUKARAN

Ayah: Anakku, bagi kamu yang sudah mendapat KESEDARAN YANG JATI hasil dari gegaran melalui ilmu makrifat yang kamu perolehi, maka inilah detik permulaan ujian Allah SWT kepadamu sesuai dengan firman-Nya: ”jangan kamu kata kamu sudah beriman sebelum Aku mengujimu [1].

Ujian pertama mu ialah Dia akan menghancur kesemua kehendakmu sehingga tidak sedikit pun tinggal. Maka jadilah kamu seperti tempayan pecah yang tidak mengandungi air setitik pun, atau bola yang disepak-sepak, atau mayat yang dimandikan [2].

Sesudah itu baharulah digantikan kehendakmu dengan kehendak-Nya dan jadilah kamu seorang “abdal”, boneka atau pekakas Allah SWT. [3]

Pada masa penukaran (transit) ini hendaklah kamu sentiasa adjust mengikut kehendak-Nya disamping redha dan tidak bersungut.

[1] Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? ﴾Terjemah QS Al ‘Ankabut:2 ﴿

[2] Selepas pengalaman ini akan bertambah hancurlah “hati” kamu sehingga hapuslah hawa nafsu dankehendak kamu umpama tempayan yang pecah yang tidak mengandungi air walau setitikpun. Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Futuh Ghaib, 23-24 (1990).

[3] “Abdal” (perkataan diambil dari perkataan “Badal” yang bermakna “pertukaran”) [Perubahan paradigma / shifting paradigm] Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Futuh Ghaib, 26 (1990).

 

Diam merangkumi:

  1. Tiada rungutan
  2. Redha
  3. Adjustment (kesesuaian)

Sudah diterangkan bahawa dalam masa ini Allah swt akan menguji kamu sehingga kamu tiada berkehendak sama sekali (kehendak Nol). Maka selagi masih ada kehendak kamu selagi itu kamu akan diuji. Maka fahamkanlah bahawa lama sesuatu ujian yang kamu alami adalah kerana lambat adjustment (kesesuaian) kamu. Kerana itu Allah SWT berfirman kepada Rasulullah SAW untuk menjadi yang pertama-tama menyerah diri. Allah SWT juga ada berfirman kepada semua orang yang berfirman untuk menyerah diri.

Sesudah kamu dapat menyesuaikan diri kamu serta sudah “settled down” (udah mantap) maka Allah SWT akan menganti kehendak kamu dengan kehendak-Nya sesuai dengan firman-Nya bahawa Dia-lah yang menanamkan keimanan dengan tangan-Nya ke hati orang-orang-Nya.

Maka inilah peringkat ke 4 dalam Diam.

  1. Pertukaran (abdal):

Kamu sudah berubah dan perubahan kamu dapat disaksikan oleh orang sekelilingmu. Kamu lebih sopan, baik hati, penuh kasih sayang, jujur, lembut, suci (innocence), rendah diri, rajin, kuat serta bersungguh-sungguh beribadah kepada Allah SWT dan benar-benar takut kepada Allah SWT. Bukan sahaja itu, kamu disenangi orang ramai, orang merasa aman dengan kamu dan ada juga yang menyayangi kamu kerana ketulusan kamu. Apabila kamu dan orang sekeliling kamu sudah saksikan perubahan kamu yang menakjubkan maka kamu sudah siap untuk ke peringkat ke 5.

Apabila kamu sudah mantab dalam peringkat ke 4 pertukaran (abdal) maka hendaklah kamu “blend-in” (persemaran) dengan kesekitaran mu. Ini peringkat ke 5 seperti Bunglon (binatang atau unggas yang dapat bertukar warna mengikut kesekitarannya).

  1. “Blend-in” seperti Bunglon.

Walaupun kamu dan orang sekelilingmu dapat menyaksikan perubahanmu yang menakjubkan namun kamu belum diberi tugasan. Maka hendaklah kamu hidup seperti orang biasa yang tiada kelebihan apa-apapun.

Banyakkanlah ROC (Relax One Corner)  serta DZIKRULLAH diperingkat ini, serta perkemaskan ibadah mu supaya dapat beribadah lebih berkesan kepada Allah SWT.

Diperingkat ini juga kamu mesti berlatih tentang Wisata Roh atau Jiwa dan Gembling Tenaga kerana pada peringkat ini “the chances of success are great” (peluang untuk berjaya amat baik). Dalam pada masa yang sama kamu juga bisa mengalami kasyaf dan terbuka mata mu yang ke 3.

Namun kamu tetap “blend-in” seperti Bunglon dan jangan meminta-minta kamu dinaik taraf. Tak ada kerja jangan cari kerja. Lihat Wais Al Qarni blend-in sebagai penjaga binatang ternakan tiada orang tahu, dan keluar hanya bila diberi tugasan. Juga khidir blend-in sebagai manusia biasa dan hanya keluar bila diberi tugasan. Sesudah tugasan mereka hilang kembali.

Seperti ustaz “Blend-in” 1978 hingga 1990.

Read Full Post »