Feeds:
Pos
Komentar

Archive for Maret, 2019

Keadaan Di Alam Barzah -3

Anakku, sesudah jiwa Kita masuk ke Alam Bazakh dan apabila Jiwa kita pandang kembali kepada dunia maka datanglah kesedaran:

1. Dunia ini adalah pentas Ilahi. Tempat Dia bergurauan dan bermain-main seperti firmanNya, Dunia ini hanya senda gurau dan main-main.

2. Jasad Kita yang diciptakan bernyawa lagi berwatak. Dicontohkan dalam firmanNya sebagai seorang bayi di mana amal perbuatannya udah tersangkut di lehernya. Teringat akan Jasad Nabi Adam as terbujuh layu dalam Syurga selama 40 tahun.

3. Pelakon sebenarnya ialah Jiwa yg turun dari Alam Azali lalu masuk kepada Jasad yg bernyawa lagi berwatak. Lalu bermulalah Kehidupan kepada Jasad yg bernyawa itu. Seperti memasuknya duit siling kedalam lobang di kereta robot di pusat riadah setelah meletakkan anak Kita diatasnya lalu kereta itu bergeraklah diikuti alunan musik ke depan, ke belakang, ke kiri dan ke kanan.

4 Maka berlakonlah Jiwa berpakaian (jasad yg bernyawa) serta mengikut watak yg udah tersedia ada dengan pakaian itu. Inilah kehendakNya dan hanya ada Satu Kehendak. Maka ditegur Rasulullah saw bahawa kalau Dia mahu, Dia bisa menjadikan semua di dunia beriman kepadaNya apabila Baginda merasa hiba kerana ramai umat baginda masih belum beriman. Begitu juga apabila Rasulullah saw merasa hiba kerana ada yg dekat dengan baginda masih belum beriman maka Allah swt berfirman bahawa hanya Dia sahaja yg bisa membuat orang yg terdekat dengan baginda beriman.

5. Maka sedarlah Jiwa bahawa ia tiada sedikit pun campur tangan dalam pentas Ilahi. Seperti firmanNya bahawa tidak sedikit campur tangan Kita atas urusan ini.

6. Fahamlah Jiwa bahawa Kita tidak ada pilihan melainkan patuh tunduk kepada perwatakan yg sedia dengan pakaian (Jasad bernyawa) Kita itu. Inilah yg Syeikh Abdul Qadir Al Jilani berkata bahawa Kita tidak ada pilihan melainkan mengikut sahaja alunan perwatakan Kita atau Takdir Kita

7. Maka berlakonlah Jiwa sehingga dikunjungi kematian maka terlepaslah ia dari pakaian (Jasad bernyawa) dan perwatakan yg sedia ada lalu masuklah ia ke Alam Bazakh dalam keadaan ia yang asli (sebelum masuk kepada Jasad yg bernyawa itu).

Maaf anakku, mata ayah sekarang mahu masuk ke keadaan asli tidak mahu berlakon lagi… 😴😴😴

Iklan

Read Full Post »

Keadaan di Alam Barzah-2

Anakku, sesungguhnya apabila kalian jejak ke Alam Bazakh segala talian dengan dunia Kita ini terputus samasekali. Contoh;

 

  1. Penyakit sama ada mental (seperti gila, pikun, dementia dll) atau fisikal (sakit kulit, kusta, kurap dll), semua penyakit ini tertinggal di dunia tidak ikut sama ke Alam Bazakh.

 

  1. Kecacatan mental (

Mental Incapacity) atau fisikal (OKU – Orang kurang upaya), kecacatan ini tertinggal di dunia tidak ikut bersama masuk Alam Bazakh.

 

  1. Pekak, bisu, buta, bahlul (idiots), sengau, rabun dll kecacatan tertinggal tidak ikut bersama ke Alam Bazakh.

 

  1. Keadaan ekonomi – miskin, kaya, papa dll keadaan ini tidak ikut bersama ke Alam Bazakh.

 

  1. Status atau kedudukan hidup Kita – Sultan, Presiden, Perdana Menteri, Menteri, Jeneral, Profesor, Hakim, Peguam Negara Penghulu, doktor, lawyer, jurutera, Akitek dll, kedudukan semua ini tidak ikut masuk ke Alam Bazakh

 

  1. Umur – bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua, semua umur ini tidak ikut bersama masuk ke Alam Bazakh. Di Alam Bazakh semua jiwa berumur 33 tahun.

 

  1. Pertalian – hamba sahaya, ibu-bapa, datuk-nenek dan seterusnya, suami isteri, anak, cucu dan seterusnya, saudara-mara, ipar duai dll, pertalian ini tidak ikut bersama ke Alam Bazakh.

 

  1. Kedudukan ukrawi – Mufti, Kadi, ulama, asatizah, Hakim, Hakam dll, kedudukan semua ini tidak ikut bersama ke Alam Bazakh.

 

  1. Kejahatan atau kemaksiatan – penjenayah,, penagih (nakoba, arak, Judi dll), penipu, “playboy” dll, tidak ikut bersama ke Alam Bazakh.

 

  1. Jantina – lelaki, perempuan, “apa kabar, bang” dll tidak ikut masuk bersama ke Alam Bazakh.

 

  1. Agama – Islam, Kristian, Hindu, Buddhist dll, tidak ikut ke Alam Bazakh.

 

  1. Ukuran badan – gemok, kurus, “slim” dll, tidak ikut ke Alam Bazakh.

 

  1. Selera makan Dan minum tidak ikut ke Alam Bazakh.

 

  1. Suara, cerdik, bodoh, bijak dll tidak ikut ke Alam Bazakh.

 

  1. Penyakit – kanker, leukamia, ahmar (stroke), masalah ginjal, natuk kering (TB), Aids atau HIV dll, tidak ikut ke Alam Bazaar.

 

Pendekkata, bagaimana Jiwa Kita di Alam Azali, begitu juga jiwa Kita di Alam Bazakh.

 

Maaf anakku, mata ayah nak masuk ke Alam Beradu dan kalian ngak bisa ikut bersama, harap maklum… 😴😴😴

 

 

Yusdeka

Pak Ustadz, mohon pencerahan tentang 3 hal ini yang sangat sering disebutkan: bahwa semua terputus kecuali tiga perkara :

Anak yang sholeh

Sodakoh jahriah

Ilmu yg diamalkan.

 

Utd Hussien Abdul Latiff:

Dari pandangan Syariah Saya, benar inilah yang ditinggalkan selepas Kita meninggal dunia.

 

Seperti  Musa as benar apabila beliau menegur Khidir as kerana memecah harta benda orang dan membunuh seorang kanak-kanak

 

Azri:

Assalamualaikum ustaz

Mohon maaf kerana bertanya dan mengharapkan tunjuk ajar daripada ustaz.

 

Kebanyakkan soalan timbul dikalangan jemaah malaysia pada penyataan

 

“pendekkata, bagaimana Jiwa Kita di Alam Azali, begitu juga jiwa kita di Alam Barzakh”.

 

Jawapan umur setiap ruh adalah 33 tahun sudah mereka ketahui.

Persoalan mereka adalah Adakah rupa ruh itu sama di alam azali dan alam barzakh seperti rupa kita 33 tahun di dunia.

 

Terima kasih ustaz.

 

Utd Hussien Abdul Latiff:

(B).”Begitu juga rupaku berubah, kembali ke rupa asli,

Rupa jiwaku semasa di Alam Azali.

Kesemua di Alam Bazakh berupa seperti ku,

Rupa yang berbeza dengan rupa di dunia,”

 

Semestinya rupa Kita berubah kerana rupa Kita mengikut kitab Takdir kita udah ditinggalkan di dunia. Justeru itu, rupa Jiwa Kita yang asli semasa di Alam Azali terlepas dari jasad dan dari skrip Kita lalu masuk ke Alam Bazakh.

 

Azri:

Pernah satu waktu dahulu, ustaz menceritakan perjumpaan ustaz dan abang ustaz di luar alam barzakh, adakah ustaz mengenali rupa abang ustaz didalam rupa azali, betul ke pemahaman saya ini ustaz.

 

🙏mohon maaf ustaz

 

Utd Hussien Abdul Latiff:

Jumpa di alam mimpi. Kalau Alam mimpi rupa seperti rupa di dunia.

 

Azri Acong:

Alhamdulillah ustaz

Terima kasih diatas pencerahan yg cukup jelas.

Mohon maaf sekali lagi kerana banyak soalan yg saya bawa pada malam ini.

Selamat beristirehat ustaz.

Read Full Post »

Keadaan di Alam Barzah-1

Penerangan puisi:

 

(A)”Maka terbukalah Pintu Alam Bazakh,

Maka jiwaku dijemput masuk ke Alam itu

Apabila masuk sahajaku ke dalamnya,

Maka tertanggal kesemua ikatanku kepada dunia.

Seperti aku dilahirkan semula lagi,

Tanpa apa jua ingatan serta memori lama.”

 

Semestinya ikatan dengan dunia, ingatan dan memori lama mesti hilang sebaik sahaja Kita masuk ke Alam Bazakh. Kalau tidak Alam Bazakh akan menjadi medan:

 

  1. Peperangan di antara musuh lama seperti Hitler, Stalin, Churchill, Firaun, Jeneral Yamashita dll

 

  1. Membalas dendam kerana dibunuh, dianiayah, difitnah, disiksa dll semasa di dunia.

 

  1. Maki hamun kerana layanan buruk yg diberi oleh ibu mertua, ipar duai, suami dan isteri, adik beradik dll semasa di dunia

 

  1. Pergaduhan kerana masih terikat dengan kongsi gelap, panas baran, dicaci, dihina dll semasa di dunia.

 

  1. Sambung perbuatan maksiat seperti Judi, kuda, loteri dll.

 

  1. Bertambah kuat ibadah.

 

(B).”Begitu juga rupaku berubah, kembali ke rupa asli,

Rupa jiwaku semasa di Alam Azali.

Kesemua di Alam Bazakh berupa seperti ku,

Rupa yang berbeza dengan rupa di dunia,”

 

Semestinya rupa Kita berubah kerana rupa Kita mengikut kitab Takdir kita udah ditinggalkan di dunia. Justeru itu, rupa Jiwa Kita yang asli semasa di Alam Azali terlepas dari jasad dan dari skrip Kita lalu masuk ke Alam Bazakh. Dengan pertukaran rupa  maka perhubungan dengan dunia juga terputus.

 

(C) “Maka ku pandang ke arah dunia yang ku tinggalkan.

Maka sedarlah aku, mereka dalam Lakonan,

Lakonan dunia yang mesti dijalankan

Mengikut Buku Kehidupan yang dinamakan Takdir,

Berlakonlah mereka sehingga akhir perjalanan,

Iaitu sampai ke akhir hayat mereka dituliskan,

Sesudah itu Jiwa mereka kembali ke Alam Bazakh,

Tempat berihat menunggu Hari Kebangkitan.”

 

Sesudah luput segala ikatan, ingatan dan memori berhubung dengan dunia maka sedarlah Kita pada saat itu bahawa Jiwa kitalah yang sebenar diri.

Diri yg tertinggal di dunia itu adalah hanya satu pakaian beragam (costume) yg dipakai sesuai dengan skrip Lakonan Kita. Pakaian dan skrip tertinggal apabila Kita meninggal dunia justeru Jiwa Kita yg memakai pakaian itu dan berlakon mengikut skrip terlepas lalu masuk ke Alam Bazakh suci lagi bersih. Justeru tiada permusuhan, maksiat, jenayah, hasad dengki, kianat dll di Alam Bazakh. Sesuai dengan firmanNya yg menjemput jiwa-jiwa yg tenteram kembali kepadaNya, masuklah dalam jemaahNya dan masuklah ke dalam syurgaNya dengan hati puas lagi diredhai.

 

Kefahaman akan keadaan di Alam Bazakh membolehkan umat Muhmmad menjadi satu serta, berharmoni serta dapat kenal mengenali sesama sendiri tanpa mengambilkira agama, bangsa, budaya dan rupa masing-masing. Sesuai dengan firmanNya bahawa Dia jadikan Kita bersuku-suku, berpuak-puak dan berbangsa-bangsa supaya dapat kita kenal mengenali di antara satu dengan lain.

 

 

Read Full Post »

%d blogger menyukai ini: