Feeds:
Pos
Komentar

Archive for September, 2017

Syarahan Arif Billah….

Anakku, Rasulullah saw ada bersabda bahawa akan datang setiap 100 tahun seorang yang membawa pembaharuan pada agama (Mujaddid).

Apakah natijah dari hadith ini kepada kita:

1. Saya dijemput berjumpa Rasulullah saw untuk disusunkan dan diperintahkan berdakwah tentang ILMU MAKRIFAT ini. Apa perlunya saya mesti berjumpa dengan Rasulullah saw untuk mendapat perintah ini?. Kerana banyak di dunia ini, terutama pengikut-pengikut Tarikat, mempercayai bahawa seseorang hanya boleh mengajar ilmu (makrifat) ini sekiranya ia dapat izin dari Rasulullah saw.

2. Benar setiap 100 tahun akan datang seseorang yang membawa pembaharuan dalam pelbagai perkara dalam SYARIAH. Tetapi dalam TASAWUF, hanya untuk setiap 1000 tahun baru ada seorang pembaharu. Yang penghabisan yang membawa pembaharuan dalam Tasawuf ialah Imam Ghazali yang hidup dalam 400_500 hijriah.

3. Mujaddid Tasawuf bertugas untuk menghidupkan kembali TASAWUF JALAN NABI-NABI yang menekankan kepada AWALUDDIN MAKRIFATULLAH. Ini sesuai dengan pesan Rasulullah saw kepada para sahabat, bahawa apabila mereka berjumpa kaum yahudi bujuklah mereka beriman kepada Allah, dan sesudah mengenalkan mereka kepada Allah swt (makrifatullah) maka beritahu mereka shalat 5 waktu itu wajib.

4. Pembaharuan yang dibawa Mujaddid Tasawuf ini adalah:
I. Menumpas fahaman bahawa untuk mengenal Allah swt:

a) Perlu melalui SYARIAT, TARIKAT, HAKIKAT dan MAKRIFAT. Sekarang hanya perlu AWALUDDIN MAKRIFATULLAH, kembali kepada tasawuf jalan Nabi-Nabi.
b) Memerlukan Mursyid atau Syeikh. Sekarang bisa hanya melalui Internet.
c) Perlu ZIKIR LISAN, QALB dan SIRR beribu-ribu kali dan BERSULUK. Sekarang hanya perlu INGAT KEPADA ALLAH tanpa berkira dan berjumlah. Sekarang SULUK digantikan dengan ROC (Relax One Corner).
d) Makna DZIKR diperbetulkan kembali menjadi INGAT, dan DZKIRULLAH maknanya diperbetulkan kembali menjadi INGAT ALLAH swt.
e) Makna HATI di perbetulkan, iaitu 3 serangkai MINDA, PENDENGARAN dan PENGLIHATAN. Yang mengingat adalah Minda. Juga menjelaskan bahawa bagaimana bila HATI bersatu dengan ROH maka terjadilah JIWA. Serta menjelaskan bahwa HATI ini adalah satu anggota (anasir) yang bebas dari JASAD atau dari ROH.

Sehubungan dengan HATI ini, diterangkan lagi tentang wisata jiwa, kasyaf, mata ke3, keadaan semasa nazak, keadaan di alam bazakh. Juga Menolak perlunya mursyid datang mengambil kita semasa nazak (sakaratul maut). Sesudah itu, melalui SUMPAH SYARIAH, membatalkan serta melepaskan anda dari segala macam pejanjian atau amalan yang dibuat oleh anda sebelumnya, yang melanggar Syariah semasa anda tidak mengetahui yang benar.

II. Menggantikan amalan remeh temeh yang disukai oleh syaitan. Sesuai dengan sabda Rasulullah saw bahawa syaitan sudah putus asa (mereka ingin disembah oleh umat Islam, tapi umat islam menolaknya). Tetapi dalam perkara-perkara yang dianggap remeh temeh seperti dibawah ini syaitan sangat REDHA. Misalnya:

i. Pergi ke makam-makam orang yang di anggap wali untuk memohon sesuatu atau bernazar.
ii. Amalan dan fahaman WAHDATUL WUJUD atau NUR MUHAMMAD.
iii. Amalan Rabitah (membayangkan wajah Guru sebelum melakukan amalan)
iv. Amalan Wasilah (Berdoa atau bernazar melalui kerahmatan ataupun menyebut nama-nama tertentu untuk keberkatan atau sokongan) .
v. Amalan dan kefahaman 7 peringkat nafsu.

Mujaddid Tawasuf mengganti amalan-amalan diatas menjadi sebagai berikut:
• Yang (i), digantikan dengan NST (Naik-Serah-Tunggu).
• Yang (ii), diperjelaskan dimana letak penyelewangannya.
• Yang (iii), digantikan dengan amalan dan kefahaman DZIKRULLAH iaitu INGAT ALLAH SWT yang tidak serupa dan tidak boleh diumpamakan.
• Yang (iv), digantikan dengan kefahaman bahwa Allah swt itu dekat dan memakbulkan doa. Maka anda hanya perlu pendekatan menerusi ingatan langsung kepadaNya iaitu Dzikrullah tanpa melalui perantara sesuatu atau seseorang.
• Yang (v), digantikan dengan amalan-amalan atau ibadah sunat.

Insya-Allah akan bersambung anakku.

Iklan

Read Full Post »

Nasihat Arif Billah:

Anakku, masa Rasulullah saw berdakwah untuk menyebarkan Agama Islam, Agama yang sebenar agama. Baginda merasa hiba hati dan bingung kerana walaupun Agama Islam adalah Agama yang benar lagi dapat menyelamatkan semua di hari kemudian, namun kenapa ramai lagi yang belum mahu beriman. Bukan sahaja itu, orang terdekat dengan baginda seperti datuk, pakcik dan lain-lain masih juga belum mahu beriman kepada Allah swt.

Maka Allah swt turunkan firman-Nya yang menerangkan kepada baginda bahawa kalau Allah menghendaki tentu Allah bisa membuat semua beriman kepada-Nya. Begitu juga kalau Allah menghendaki Allah, Allah bisa memberi pertunjuk kepada orang-orang terdekat dengan baginda. Tetapi Allah mengingatkan baginda bahawa tugas baginda hanyalah menyampaikan dan bukan sebagai pemelihara atas mereka semua.

Namun pada saat ini, kita dapat saksikan lebih dari setengah umat manusia di dunia sudah beriman kepada Allah swt. Insya-Allah di suatu hari nanti semua umat manusia akan beriman kepada Allah swt sesuai dengan firman-Nya bahawa Dia sudah sempurnakan agama bagi kita dan menerima Islam sebagai Agama yang sah di sisi-Nya dan janganlah kita mati melainkan dalam beragama Islam.

Perhatikanlah perjalanan LM (Loh Mahfuz-Nya), anakku. Dia mengislamkan seluruh dunia bertahap-tahap namun pasti. Perjalanan LM mengikuti kehendak-Nya bukan mengikut kehendak mahkluk-Nya. Sementara itu Dia berjanji memelihara Al Quran dan keutuhannya hingga sampai masa mahu kiamat. Dengan adanya Al Quran setiap masa, maka ummah dalam apa jua masa mendapat bimbingan yang sebenar-benarnya. Seperti Nabi Isa as ada berkata bahawa apabila seorang Rasul wafat, dia meninggalkan kitabnya sebagai penganti dirinya.

Begitu juga anakku, walaupun kita tahu ilmu makrifatullah yang kita sudah fahami adalah sebaik-baik ilmu yang membimbing ke jalan yang benar serta aqidah yang kukuh, namun yang mendapat ilmu ini jika dibandingkan dengan yang masih belum memperolehinya di saat ini, bandingannya terlampau jauh. Yang mendapat ilmu ini mungkin dalam anggaran 0.0001% atau lebih rendah dari itu. Kenapa begitu? Kenapa sukar masyarakat umum mahu mendapatnya?. Ini adalah kerana semua mengikuti rencana-Nya. Sayugia di ingat, ilmu ini berputik (blossom) pada satu ketika hanya di Singapura. Sesudah itu, masuk ke Johor Malaysia sahaja dan Perth Australia. Namun apabila masuk tahun 2009, ilmu ini menjadi Internasional namun pengeleluasannya masih dalam keadaan “bayi” (masih kecil).

Justeru mesti diingat, bahawa merebaknya ilmu ini adalah bersesuaian dengan kehendak Allah swt bukan dengan kehendak kita. Namun perhatikanlah, ilmu ini berputih di zaman kita justeru itu, ia bisa berbunga kelak di zaman Imam Mahadi yang akan datang. Dengan itu, ummah pada masa itu sudah pun bersedia untuk membantunya menjalankan tugasnya. Harus diingat, ilmu ini ada di Internet, dalam buku-buku dan dalam khutuhkana (library) YAMAS. Dengan itu, ilmu makrifatullah ini akan merebak merentasi masa sehingga lebih ramai lagi orang yang akan bermakrifat sebelum akhirnya seluruh dunia akan bermakrifat disesuaikan dengan masa muculnya Imam Mahadi.

Maka anakku, jangan kalian bersusah hati tentang ramai lagi orang atau masih ada orang yang terdekat dengan kamu menolak ilmu ini. Kerana ini  bersesuaian dengan kehendak dan LM-Nya. Seperti kekata Inggeris, “Rome is not built in a day”. Maksudnya Negara Roma tidak dibina dalam sehari. Sesuai dengan LM-Nya, kita dipilih (semasa “kun”). Kerana itu wajar saja jumlah kita pada saat ini masih sedikit!.

Read Full Post »

Nasihat Arif Billah:

Kalian semua sudah dipilih dan dikhususkan menjadi “ahli makrifatullah”. Justeru itu, kalian sudah berpegetahuan. Dan pengetahuan atau ilmu itu akan selalu bersama kalian setiap masa. Dan ilmu itu hanya hilang dengan Kehendak-Nya seperti menerusi dementia atau pikun. Dengan ini, bagaimanapun sibuknya kalian, kalian tetap ahli Makrifatullah. Dan bila-bila masa akan kembali menjadi ahli makrifat.

Contoh, “Once an Engineer will remain an Engineer”. Maksudnya, apabila anda sudah menjadi seorang Jurutera, anda akan tetap menjadi Jurutera walau macam mana sibuknya anda seperti membersihkan rumah untuk Hari Raya, menolong isteri memasak dan sebagainya.

Maka jangan dirisaukan, NST & ROC adalah sesuatu yang biasa bagi kalian. Kerana apabila masa membenarkannya atau keadaan menghendaki, maka kalian akan membuatnya secara langsung. Seperti orang yang suka minum kopi, tapi kerana sibuk dia lupa minum kopi. Namun bila masa mengizinkan atau terasa sangat haus maka secara langsung dia akan minum kopi…

Anakku, ibaratkan ilmu makrifatullah ini adalah satu bahasa. Pada satu ketika, tidak banyak yang fasih dalam bahasa ini. Lagi untuk mencari seorang guru untuk mengajar bahasa ini lagi menyulitkan dan yang ada semuanya adalah dalam keraguan.

Begitu juga, kalian pada satu ketika dalam kegelapan, langsung nggak tahu bahasanya yang benar dan ada dalam keraguan atau kebingungan.

Alhamdulillah, dengan kehendakNya, kita bertemu dan Ayah ditugaskan mengajar kalian bahasa ilmu ini sehingga kalian kini sudah fasih berbicaranya. Bukan sahaja itu, sekarang nggak bingung lagi, dapat membeza yang hak dan batil, boleh (bisa) buat kajian seterusnya untuk menambahkam lagi kefahaman, dapat beribadah dan Dzrikrullah tanpa mensyirikkan Allah swt, dapat menerima Takdir tanpa pertanyaan dan akhir sekali, dapat redha dengan apa juga ketentuanNya tanpa rungutan.

Justeru itu, dipanggilnya kalian, “Hai jiwa-jiwa yg tenteram kembali kepadaKu dengan hati yang puas lagi diredhai dan masuk dalam jemaahku dan masuklah dalam SyurgaKu!”

Apa yang hendak disampaikan di sini ialah – lihatlah berapa jauh kalian berada pada masa kini bila dibandingkan semasa kalian berada dalam keadaan kegelapan, tidak tahu bahasanya, dalam keraguan dan kebingungan. Lalu sentiasalah kita bersyukur kepada Ilahi kerana memilih kita masuk ke dalam jemaah orang-orangNya yang sudah ditanamNya keimanan di dalam hati mereka.

Sentiasa juga jangan lupa Kita tidak wujud supaya apa jua rasa kebesaran atau bangga diri tidak melekat kepada kita.

Harap syarahan di atas ini mendapat perhatian kalian, anak-anakku yang dirindui serta dicintai sentiasa, aamin ya Rabb aamin!

Read Full Post »

Arif Billah

arif billah

Read Full Post »

%d blogger menyukai ini: