Feeds:
Pos
Komentar

Archive for Juli, 2017

By: Ustadz Hussien Abd Latiff:

Ayah: Anakku kalian selalu mengadu tidak dapat lagi merasakan gegaran seperti baru-baru memperolehi ilmu ini.

Mahukah Ayah bantu untuk mendapat kembali gegaran ini?.

Ayah: Anakku, baru-baru kamu memperolehi ilmu makrifat ini, kamu bisa merasakan akan Kebesaran-Nya dengan nyata. Maka bergegarlah kamu. Akan tetapi lama kelamaan rasa ini berkurangan dan gegarannya pun berhenti.

Maka perlulah kamu kembalikan rasa akan Kebesaran-Nya ini.

Untuk mengembalikan rasa Kebesaran-Nya ini, maka hendaklah kamu berbuat sebegini:

  1. ROC (Relax One Corner) sambil DZIKRULLAH (mengingat Allah).
  2. DZIKRULLAH dan ingatkan makanan yang kamu suap ke mulutmu atau air yang kamu minum, adakah kamu RASA BAHAGIA menerimanya. Seperti apabila seseorang memberi kamu hadiah, kamu akan MERASA BAHAGIA TERAMAT SANGAT.

Maka adakah kamu Merasa Bahagia atas setiap rezeki yang diberikan Allah SWT kepada kamu?. Kalau tidak, kamu sudah memandang remeh atas pemberian-Nya itu. Kerana itu Allah swt ada berfirman, “Apakah nikmat-Ku yang kau nafikan? “

Tafakurkan lagi atas udara yang kamu sedut untuk hidup, kesehatan dan tenaga yang diberikan-Nya kepada kamu untuk mengurus hidup kamu dan lain-lain lagi pemberian-Nya. Adakah kamu Rasa Bahagia atas pemberian-Nya ini?.  Kalau tidak, kamu sudah memandang remeh akan pemberian-Nya ini .

Walaupun mulut kamu berkata, “Alhamdulillah” tetapi ia tidak disertai dengan Rasa Bahagia, maka itu seperti kamu menerima sebuah pemberian yang tidak kamu sukai atau tidak kamu hargai.

Ingatlah anakku, insya-Allah, setiap kali kamu Merasa Bahagia apabila mengenang atau menerima nikmat-Nya ini, maka kamu akan Merasa Bersyukur. Dan akhirnya Bersyukur dalam tangisan sesuai dengan firmanNya: “bahawa apabila ia melihat akan Kebenaran-Nya maka akan berlinangan air matanya ke pipinya”. Justeru itu kamu akan Merasakan Kebesaran-Nya.

Praktikkan amalan ini:

  • ROC (Relax One Corner) sambil DZIKRULLAH (mengingat Allah).
  • Untuk Merasa Bahagia atas setiap pemberianNya,
  • Semoga kamu akan menangis dalam kesyukuran,
  • Dan akhirnya kamu datang kembali kepada kegegaran, karena kamu bisa merasakan kembali akan Kebesaran-Nya.

Read Full Post »